5 Tips Hebat Usahawan Remaja Yang Berjaya Membayar Lunas Yuran Pengajiannya melalui Etsy

Baru-baru ini saya terbaca cerita tentang seorang remaja bernama LeiLei Scor dari New York yang berjaya menjana lebih kurang USD100,000.00 dalam masa 3 tahun dengan menjual di etsy.com untuk menampung pembayaran kolejnya sebanyak USD40,000.00 setahun.  Setakat ini beliau sudah berjaya menghasilkan jualan sebanyak 17213  unit untuk setiap Wire Jewellery rekaannya.

Oleh sebab pencapaianya, remaja ini telah dianugerahkan Young Entrepreneur Awards 2014.

LeiLei Secor yang pada waktu itu baru berumur 19 tahun tinggal di New York tapi pergi ke kolej di negeri yang lain iaitu di University of Virginia. Walaupun dengan bantuan biasiswa, kos pendidikan yang terpaksa ditanggung adalah sangat tinggi sehingga mencecahUSD40,000.00 setahun.

Sebagai seorang pelajar, remaja ini mampu menguruskan masa antara bisnesnya dan pelajarannya. Dia mengimbangi pelajarannya dan kerja tangannya membuat produk jualannya, meningkatkan skil pemasarannya dan berjaya menjana USD100,000.00 di Etsy. Lihat websitenya di www.designedbylei.com.

Generasi Zaman Kini sudah sangat terbiasa dengan membeli di internet dan menjual di internet juga adalah sesuatu perkara yang biasa bagi mereka untuk menjana pendapatan tambahan. Namun, sekiranya ingin berjaya maka perlu menimba ilmu, mencuba dan mendapatkan pengalaman selain daripada bergantung kepada bakat yang ada.

Cuba lihat apa yang dia tawarkan di kedai online esty . Cantik tak?

 

Dia juga berkongsi 5 tips hebat untuk semua usahawan yang ingin berjaya seperti dia.

1. Jangan takut untuk berubah

Pada awalnya LeiLei Secor bermula dengan beaded macramé bracelets tetapi selepas menyedari bahawa produk yang beliau tawarkan itu tidak mempunyai permintaan yang tinggi, dia berani untuk mengubah produk tawarannya kepada Wire Jewellery atau barang kemas ikatan wayar. JIka kita membuat carian di etsy.com, kita akan mendapati bahawa beliau adalah antara penjual yang terkemuka dimana dia mendapat ranking 186 daripada 1,300 kedai di etsy.com.

2. Keluar Dari Jalan Keselesaan

Bagi kebanyakan penjual online, mereka biasanya fokus kepada melakukan pemasaran di media sosial seperti di twitter atau di Facebook. Kalau di Malaysia, semakin banyak orang yang menggunakan Instagram untuk menjadi platform utama kedai online mereka. Tapi bagi remaja ini, dia berani keluar dari jalan kebiasaan ini di mana dia telah mencuba menjual di laman web Wanelo.

3. Tampil berbeza dengan perincian atau ciri-ciri yang lebih unik

Dunia kedai online ini agak sesak dengan pelbagai tawaran dan penjual. Oleh itu, Secor kenalah melakukan kelainan sedikit daripada yang lain yang boleh menonjolkan kelebihan dan juga kecantikan kerja tangannya. Untuk itu, Secor belajar bagaimana untuk mengambil gambar yang baik dan menarik agar produknya mampu menarik perhatian pelawat yang datang ke kedainya.

4. Sentiasa belajar daripad orang lain dan gunakan apa yang ada. 

Internet adalah dunia maya yang terlalu banyak maklumat dan info yang kita perlukan. Hanya taip dan klik! Apa yang Secor lakukan adalaah dia mengabungkan kemahirannya membuat Wire Jewellery  dan kemahirannya dengan internet untuk menjana pendapatan yang hebat. Ada ketikanya dia kurang pasti mengenai berapakah harganya untuk diletakkan, jadi dia akan membuat carian di internet dan mencari produk yang lebih kurang sama seperti apa yang dia jual dan meletakkan harga yang sama.

5. Guna Masa Sebaik-Baiknya

Pengunaan Facebook tanpa tujuan sebenarnya banyak membuang masa. Oleh itu, dia cuma akan upload gambar-gambarnya di Instagram. Sebagai seorang pelajar, dia perlu hadir kelas di kolej dan pada waktu lapangnya dia akan membuat produk hasil tangannya, meluangkan masanya dengan kawan-kawan, untuk tidur dan menjadi sukarelawan untuk seorang ahli kongres di kawasan dia tinggal. Dari sini, memang kita dapat lihat bahawa Secor menggunakan masanya dengan sebaik-baiknya.

Artikel asalnya anda boleh baca di sini.

Leave a Reply

error: Content is protected !!
%d bloggers like this: