6 Alasan Utama Kenapa Anda Harus Trade Forex Dengan FXPrimus

FXPRIMUS Review

Perhatian: Pelaburan Forex tak sama dengan ASB atau Unit Trust yang mana anda boleh dapat pulangan tetap setiap tahun. Forex mampu memberi pulangan yang tinggi. Pada masa yang sama, jika anda tidak berhati-hati, Forex juga boleh membuatkan anda hilang semua modal anda. Pastikan bahawa anda faham betul-betul risiko sebelum anda masuk dalam bidang ini. 

Dah baca penyataan diatas? Ok, anda boleh meneruskan pembacaan anda…

Ini bukanlah skim pelaburan yang berkaitan dengan Forex ya. Ini adalah artikel yang ditulis khas kepada anda yang berminat nak manage sendiri dana anda untuk didagangkan di dalam Pasaran Forex dunia.

Saya sangat-sangat tak menggalakkan anda menyertai sebarang bentuk skim-skim pelaburan yang menunggang nama Forex kerana kebanyakannya hanya akan menjerat dan merugikan anda. Percayalah!

Jika anda berminat, lebih baik anda belajar sendiri selok belok forex, buka akaun dengan broker yang boleh dipercayai dan trade sendiri. Untung rugi bergantung kepada anda sendiri.

Saya nak tanya anda…

Adakah anda yakin dengan forex broker anda?

Adakah anda masih tercari-cari broker yang boleh dipercayai dan menawarkan perkhidmatan terbaik? Saya nak memperkenalkan FXPrimus kepada anda. (Jika anda tak tahu apa itu Forex, abaikan saja).

Ya memang ada banyak broker forex di Malaysia..Tetapi bukan semuanya boleh DIPERCAYAI! Hanya beberapa sahaja yang BOLEH PAKAI!

FXPRIMUS adalah antara forex broker di Malaysia yang boleh dipercayai.

Untuk pengetahuan anda FXPRIMUS adalah salah satu daripada broker yang mempunyai standard atau piawaian yang sangat tinggi untuk memastikan keselamatan, kecekapan operasi dan ketelusan dalam pelbagai aspek yang melibatkan perdagangan matawang asing dan anda.

Cuba lihat video di bawah untuk mengenali lebih mendalam mengenai broker ini.

Menurut website mereka, FXPRIMUS antara lainnya menawarkan perkhidmatan seperti dibawah:

  • Pengurus Akaun Peribadi
  • Perlindungan Baki Negatif
  • Dilesenkan oleh VFSC
  • Anugerah Broker Paling Dipercayai, 2015 daripada MENA
  • Perlindungan Dana Pelanggan PERCUMA untuk sehingga EUR 2.5 juta
  • Ramalan Pasaran Harian
  • Pihak Ketiga Menyelia Pengeluaran Pelanggan
  • Akses Harian kepada Isyarat Perdagangan
  • Bantuan Langsung 24/5 Jam
  • Pilihan Berbilang Akaun: PAMM, MAM, ECN & Boleh Ubah

Saya nak tekankan di sini bahawa tiada satu pun broker forex yang sempurna. Semuanya ada kelebihan dan kelemahan mereka yang tersendiri. Cuma dalam kes ini, saya percaya anda memang nak cari forex broker yang terbaik, betul kan?

Kalau boleh, anda nak buka trading akaun dengan forex broker yang terbaik di Malaysia. Saya sendiri mempunyai akaun di beberapa broker yang beroperasi di Malaysia. Namun, secara peribadi, saya suka FXPRIMUS kerana 6 Alasan Utama dibawah.

Alasan  1: FXPRIMUS Komited Memberi Pendidikan Yang Berterusan Kepada Forex Trader

Ini salah satu sebab utama kenapa saya sangat rekemenkan broker FXPRIMUS. Ini adalah kerana mereka sentiasa memberikan pendidikan forex dan latihan tutorial yang berkualiti tinggi oleh para pakar forex agar trader dapat menjadi lebih mahir dalam trading forex.  Portal pendidikan ini disediakan kepada para trader yang membuka akaun dengan deposit minima sebanyak USD100. Di sini, trader akan mendapat akses kepada banyak video-video tutorial dari asas trading forex sehinggalah kepada topik-topik yang lebih advanced.

Alasan 2: Trader Boleh Buka Akaun Trading Dengan Deposit Rendah.

Kebanyakan trader newbiew, mereka selalunya mencari-cari broker yang menawarkan deposit yang paling rendah. Jika dilihat dari tawaran keselamatan, kecekapan operasi dan ketelusan yang diberikan oleh FXPRIMUS, USD100 adalah sesuatu yang dikira deposit rendah.

Alasan 3: Trader Boleh Lebih Yakin Melakukan Deposit dan Withdrawal Dengan Mudah dan Pantas

Sebagai seorang trader, faktor ini adalah sesuatu yang saya pertimbangkan dengan mendalam kerana kita nak pastikan proses mengeluarkan dana dari broker boleh dilakukan melalui proses yang cepat. FXPrimus memberikan beberapa cara untuk withdraw duit. Cara yang saya gemar adalah melalui wire transfer (duit masuk terus ke dalam bank). Kaedah ini selamat berbanding menggunakan local depositor.

Mungkin anda sudah sedia maklum bahawa kebanyakan broker-broker di Malaysia menggunakan perkhidmatan orang tengah iaitu Local Depositor untuk membantu mereka melakukan aktiviti deposit dan pengeluaran. Ini adalah kerana Sistem perbankan di Malaysia memang menyukarkan proses mendeposit dan mengeluarkan dana dari Pasaran Forex.

Masalahnya, hampir kesemua local depositor ini mengenakan kadar tukaran yang agak tinggi dan ini menyusahkan trader yang baru nak bermula. Kalau boleh, kita mahukan lebih nilai USD untuk setiap RM yang boleh kita laburkan dalam forex trading namun jika kadar tukarannya tinggi, maka kita kenalah membayar lebih banyak sesuai dengan kadar pertukaran yang dikenakan oleh orang tengah atau local depositor.

Oleh itu, bagi saya inilah sebabnya FXPRIMUS yang terbaik kerana syarikat ini tidak perlukan local depositor dan memang tidak menggunakan perkhidmatan mereka. Hanya dengan menggunakan kad debit atau kad bank, anda sudah boleh melakukan urusan deposit dan pengeluaran.  Dan jika anda nak lebih cepat lagi, memperkenalkan perkhidmatan Zotapay di mana anda boleh melakukan deposit dan withdrawal dari akaun bank anda sesuai dengan kadar pertukaran semasa.

Alasan 4: FXPRIMUS Terkenal di Malaysia

Semua trader kenal dengan nama FXPRIMUS. Memang sudah tidak asing lagi! Untuk pengetahuan anda FXPRIMUS sudahpun bertapak di Malaysia sejak tahun 2010 lagi. Sudah masuk tahun yang ke-8 di Malaysia dan sudah ramai trader FXPRIMUS di Malaysia.

Secara peribadi, saya hanya akan trade dengan broker yang mempunyai JENAMA yang kuat dan dikenali ramai. FXPRIMUS menepati kriteria ini.

Alasan 5: Spread Rendah

Semakin tinggi spread yang dikenakan oleh broker, semakin susah nak profit bagi seorang trader individu. Ini menyukarkan pengiraan target profit dan stop loss. Spread yang besar memang menyusahkan seorang trader! Oleh itu, broker yang menawarkan spread yang rendah menjadi pilihan kebanyakan trader forex malaysia.

FXPRIMUS menawarkan akaun ECN yang mana spread yang dikenakan adalah sangat rendah, dari ZERO.

Alasan 6: FXPRIMUS PAMM

Jika anda masih baru dalam forex, servis PAMM ini mungkin sesuai untuk anda.

FXPRIMUS  menawarkan Khidmat PAMM. Servis ini menghubungkan Pedagang Mahir bertaraf dunia (Pakar) & Pelabur yang sentiasa bersemangat (Pengikut).

Pengurus DanaPedagang Mahir boleh menggunakan kemahiran mereka dan dalam masa yang sama menjana pendapatan tambahan dengan membuka tawaran perkhidmatan PAMM kepada puluhan ribu pelanggan yang ada dalam FXPRIMUS yang tercari-cari arah yang menguntungkan dalam haluan trading mereka.

Yang paling best adalah, PAMM FXPRIMUS beroperasi secara automatik. Apabila sesuatu dagangan ditutup, keuntungan atau kerugian sesuatu trade entry akan dibahagikan kepada semua peserta PAMM berdasarkan spesifikasi yang telah ditentukan terlebih awal. Trader Pakar akan menerima komisen dan/atau yuran prestasi berdasarkan hasil trade berkenaan.

Anda nak buka akaun dengan FXPRIMUS?? SIla Klik Gambar dibawah ini.

Disclosure

Ini bukan laman web rasmi FXPRIMUS. Saya adalah IB kepada FXPRIMUS dan tujuan post ini adalah untuk memberi info penuh kepada warga Malaysia tentang Forex trading di Malaysia dan tentang broker FXPRIMUS.

 

Leave a Reply

error: Content is protected !!

Pin It on Pinterest

Share This
%d bloggers like this: