Billy Graham: Iman Yang Teguh Sehingga Akhir

 Siapakah Billy Graham?

William Franklin Graham (Nama Sebenar) adalah tokoh kebangunan rohani di Amerika pada abad ke-20. Dia lebih dikenali dengan nama Billy Graham. Dia seorang yang memiliki semangat penginjilan yang kuat. Perhatiannya terutama ditujukan kepada kaum muda yang acuh tak acuh terhadap gereja dan kekristianan. Dia juga memulakan satu organisasi penginjilan yang bertujuan untuk mengadakan penginjilan kepada kaum muda, terutamanya kepada lepasan sekolah menengah yangdipanggil Youth for Christ (Pemuda bagi Kristus).

Riwayat hidup 

William Franklin Graham atau Billy Graham dilahirkan dalam sebuah keluarga Baptis yang percaya kepada Tuhan di Charlotte, Amerika Syarikat, pada tahun 1918. Sejak kecil dia telah bercita-cita untuk melayani Tuhan. Beliau tidak mempunyai latar belakang pendidikan teologi secara akademik namun itu tidak menghalang beliau dalam melakukan perkerjaan pelayanan. Beliau seterusnya mengikuti kursus teologi di Florida Bible Institute, sebuah kursus teologi bersifat fundamentalis. Setelah menamatkan kursus teologinya, Billy menjadi pendeta Baptis di selatan (Southern Baptist Convention). Tahun 1943 dia menamatkan pengajian sarjana mudanya di Wheaton College dalam bidang antropologi.Wheaton College mempunyai latar belakang fundamentalisme yang kuat sehingga mempengaruh Billy Graham.

(Sumber Artikel di atas: wikipedia.com)

Billy Graham

Hampir semua orang pernah mendengar mengenai Billy Graham, tapi bagaimana dengan nama Chuck Templeton? Bagaimana dengan Bron Clifford?

Pernahkah anda mendengar mengenai mereka?

Tahukah anda bahawa mereka juga dalam masa yang sama memenuhkan auditorium dengan bilangan orang yang sangat ramai pada tahun 1945 apabila Billy Graham mula-mula berkhotbah kepada suatu perkumpulan yang besar?

Saya mahu berkongsi dengan kamu satu buah fikiran yang diinspirasikan oleh Pastor Tommy Barnett dari Phoenix.

Ketiga-tiga anak muda ini menjadi terkenal semasa mereka berumur pertengahan 20-an.

Mengenai Chuck Templeton

Seorang presiden kepada sebuah sekolah seminari, selepas mendengar Church Templeton berkhotbah- seorang pengkhotbah yang dynamic dan pintar- mengatakan bahawa dia adalah seorang pengkhotbah muda yang paling berbakat di Amerika.

Templeton dan Graham menjadi kawan yang sangat rapat. Mereka mula berkhotbah bersama-sama dalam organisasi Youth For Christ.

Banyak pemerhati berfikir bahawa Templeton lah yang akan menjadi lebih terkenal dan pergi lebih jauh. Malah ada satu majalah yang memaparkan satu artikel yang memanggil Templeton sebagai “Babe Ruth of Evangelism”.

Mengenai Clifford 

Bron Clifford juga adalah seorang lagi penginjil yang berapi-api dan berbakat besar. Banyak juga orang yang percaya bahawa Clifford adalah seorang pengkhotbah yang sangat berbakat dan akan terus melayani Tuhan.

Orang ramai berbaris selama berjam-jam untuk mendengar dia berkhotbah. Apabila dia pergi ke Universiti Baylor untuk satu ceramah, mereka di universiti itu telah memotong tali loceng di menara universiti. Mereka tidak mahu apapun mengganggu semasa beliau berkhotbah diuniversiti itu. Untuk 2 setengah jam pelajar-pelajar Universiti Baylor duduk dikerusi mereka pada saat Clifford memberikan perkongsian mengenai topik “Christ and the Philosopher’s Stone.”

Pada umur 25 tahun, Clifford telah menyentuh ramai jiwa, mempengaruhi banyak pemimpin dan mencapai rekod kehadiran yang lebih ramai berbanding pelayan Tuhan yang lain dalam sejarah Amerika.

Pemimpin kebangsaan cuba mendapatkan perhatiannya. Dia seorang yang tinggi, kacak, menarik, moden dan pintar. Hollywood juga cuba untuk menawarkan tawaran berlakon kepada beliau untuk watak utama filem terkenal “The Robe”. Dia seolah-olah memiliki segalanya.

Graham, Templeton dan Clifford bermula seperti seorang yang akan memenangi pingat emas Olimpik pada tahun 1945.

Tetapi kenapakah kita tidak lagi mendengar mengenai Chuck Templeton atau Bron Clifford? jawapannya mungkin akan mengejutkan anda.

Menjelang tahun 1950, Templeton meninggalkan pelayanan. Dia mengejar kerjayanya dalam bidang radio. Dia menjadi juruhebah dan pembaca berita, memberitahu dunia bahawa dia tidak lagi percaya kepada Yesus Kristus sebagai Anak Allah. Dia menjadi seorang ateis. Menjelang tahun 1950, seorang yang berpotensi menjadi seperti ‘Babe Ruth’ dalam bidang berkhotbah di masa depan tidak lagi berada di dalam bidang tersebut!

Menjelang tahun 1954, Clifford telah kehilangan keluarganya, pelayanan dan kesihatannya. Akhirnya dia kehilangan nyawanya oleh sebab ketagihan alkohol. Kegagalannya mengurus kewangannya menyebabkan isterinya dan dua anaknya yang menghidap down sindrom tidak mewarisi apa-apa dari beliau. Pengkhotbah yang sangat terkenal ini dahulu meninggal dunia kerana sirosis hati pada usia 35 tahun di sebuah hotel usang yang terletak dihujung Kota Amarillo, Texas . Dia meninggal dalam keadaan yang menghibakan, tiada penghormatan terakhir dan tidak diketahui orang. Beberapa orang pastor dari Amarillo, Texas bekerjasama dan mengumpulkan duit secukupnya untuk membeli keranda yang murah. Mereka kemudiannya mengirim tubuhnya kembali ke Pantai Timur di mana dia dikebumikan di tanah perkuburan yang dikhaskan untuk orang miskin.

Pada tahun 1945, ketiga orang ini yang mempunyai karunia luarbiasa dalam berkhotbah melakukannya dengan tujuan menggandakan bilangan gereja kepada ribuan jemat. Tetapi dalam tempoh masa 10 tahun sahaja, hanya seorang sahaja yang masih dilandasan yang betul untuk Kristus. Itulah Billy Graham.

Dalam kehidupan kita sebagai orang Kristian, ianya bukan tentang bagaimana kita bermula, ianya tentang bagaimana kita berakhir! Satu keputusan survei baru-baru ini mengejutkan saya; ianya dilaporkan bahawa hanya seorang daripada 10  yang mula melayani Tuhan pada umur 21 tahun terus melayani Tuhan sehinggalah umur mereka yang ke 65. Kebanyakkan yang jatuh adalah kerana  kesalahan moral, keangkuhan, kekecewaan, teologi bebas(liberal) dan cinta akan wang dan hal-hal dunia ini.

Ini adalah soalan saya kepada anda pada hari ini-

ADAKAH ANDA AKAN TETAP KUAT SEHINGGA MENCAPAI GARISAN PENAMAT ITU  UNTUK KRISTUS?

Leave a Reply

error: Content is protected !!
%d bloggers like this: