Bisnes Keychain Dawai Nama (Wirename Keychain) Yang Unik (dan Menguntungkan)

Pengenalan kepada Wirename

Tahukah anda bahawa dengan sedikit kreativiti dan juga usaha kita boleh menjadikan sesuatu yang nampaknya biasa-biasa, dan tidak memiliki apa-apa keistimewaan menjadi sesuatu yang unik dan disukai oleh semua orang.

Itulah yang saya temukan dalam bisnes wirename ini.

Bagaimana dengan sedikit kreativiti kita boleh ada satu produk yang semua orang mahukan kerana semua orang ada nama yang unik, dan semua orang ada kunci. Dan produk seperti ini boleh dipelbagaikan mengikut kreativiti kita.

ya, sememangnya hampir semua kita ada pengalaman dimana semasa kita remaja, mungkin kita pernah mengukir nama kita di batang pokok di tepi pantai dimana kita mengukir seperti ini ,”Cornelius Was Here!”, atau “Cornelius ❤ Rainny” dan sebagainya. Sekarang, kita juga boleh melihat setiap orang sukakan sesuatu yang personalized atau yang mempunyai nama mereka di beg mereka, di handphone, di kunci mereka.

Ini kerana salah satu yang orang sangat suka dengar apabila disebut oleh orang lain adalah apabila nama mereka disebut. Orang mengatakan bahawa nama sendiri ada sesuatu bunyi yang paling sedap didengar oleh orangnya sendiri =)

Bisnes Sampingan dengan Modal Rendah dan Sangat Laku dijual

Saya ada satu bisnes yang saya lakukan secara sampingan yang boleh dilakukan dengan modal yang rendah dan sangat laku dijual.

Saya mula membuat krafdawai nama ini sejak tahun 2008 lagi, pada waktu itu gereja saya sedang menyambut ulangtahunnya yang ke 5 dan saya ditugaskan mencari gift untuk diberikan kepada semua ahli jemaat gereja saya. Idea saya pada waktu itu adalah saya mahu satu hadiah yang bersifat peribadi, personalized dan murah dan tahan lama.

Oleh kerana saya tidak menemukannya di Sabah, maka saya mencarinya secara online dengan menggunakan keyword “Personalized gifts”. Disitulah saya menemukan hobi baru yang saya buat sehingga ke hari ini sehingga ianya menjadi bisnes sampingan saya.

Pengalaman Berurusan dengan Pelanggan Luar Negara

Pada tahun 2008 saya memulakan blog wirename saya dan pada tahun yang sama, saya telah mendapat emel dari seorang pelajar perempuan di sebuah sekolah di Singapore yang ingin memesan keychain dawai nama untuk lebih kurang 2000 lebih pelajar di sekolahnya sempena sambutan hari kekasih. Tanpa berfikir panjang saya mengatakan saya boleh melakukannya dan memberikan masa selama 1 bulan untuk ianya disiapkan.

Kesilapan saya adalah saya ‘overestimate’ kemampuan diri ini untuk membuat begitu banyak keychain dalam masa yang singkat. Saya tak mengambil kira masa yang diperlukan untuk dawai saya sampai (ya terpaksa import dari Luar Negeri), ambil masa 1 minggu lebih, dan oleh kerana saya masih baru, saya memerlukan lebih banyak masa untuk menyiapkan satu keychain. Maybe dalam 10 hingga 15 minit baru dapat siapkan 1  keychain, kerana jenis dawai yang saya pakai adalah dawai “stainless steel” bersaiz 12 gauge (yang kaki pancing selalu pakai).

Ianya agak keras untuk dibengkokkan.  Itu memang satu pengalaman berharga bagi saya. Saya sampai demam tapi masih perlu bekerja kerana menyiapkan nama-nama yang telah dipesan. Syukurlah adik saya Redulin masih tinggal bersama saya pada waktu itu, dia banyak membantu saya selepas balik dari sekolah untuk memperkemaskan dan meluruskan keychain dawai nama dan membantu memasukkan keychain ke dalam plastik pembungkus khas.

Dari situ saya yakin bahawa bisness kita boleh dilakukan secara ONLINE. Samada produk fizikal mahupun produk digital.  Yalah, customer kita boleh datang dari seluruh dunia jika kita mahukan. Cuma memang banyak learning curve atau keluk pembelajaran yang harus kita langkaui.

Lagi bagus sebenarnya jika kita rela untuk belajar dari orang lain yang sudah melalui pengalaman pahit dan manis itu agar kita pun dapat mempercepatkan hasil yang ingin kita capai.

Saya bermula membengkokkan dawai menjadi keychain nama sendiri dengan melihat gambar-gambar yang saya temui di internet dan mencuba meniru huruf-huruf yang cantik bagi pandangan saya.

Dengan siapa saya belajar?

Hanya selepas itu saya menemui ebook Andy Turner iaitu “The Wire Writing Secrets” . Saya melabur sebanyak USD49 atau RM204.81 untuk belajar selok belok bagaimana nak buat wirename ni sebagai bisnes dari seorang yang memang berpengalaman luas dalam bidang niche ini.

Sebenarnya cara atau font tulisan untuk dawai nama kita ini tak semestinya sama dengan semua orang. Kita kena mencari suara atau lengok kita dalam niche ini. Biasanya saya suka menggunakan font ‘Sacremento’  (font available di Microsoft Word) dan berbentuk italik. Saya tak ikut bulat-bulat cara atau stail Andy Turner buat. dan produk saya pun lebih spesifik kepada keychain nama.

Tools yang diperlukan

Tools yang diperlukan?Anda cuma perlukan dawai yang sesuai dan juga beberapa jenis pliers. Lihat gambar dibawah.

Dari situ, saya lebih cekap dalam hal online marketing untuk niche dawai nama ini.

Siapa the WireName Guy?

Sayalah orang disebalik @thewirenameguy di instagram. Saya buat akaun instagram untuk memasarkan keychain dawai nama saya.  @thewirenameguy

Hampir setiap hari akan ada orang menghubungi saya untuk meminta keychain mereka dibuat. Bisnes ini boleh dilakukan dimana-mana, baik secara online mahupun secara offline.

kalau nak buat secara online saja dan bekerja dari rumah pun boleh. Apa yang anda perlukan , anda cuma perlukan internet dan peranti mudah alih seperti ipad, handphone yang memudahkan anda mengambil gambar-gambar untuk diupload ke Instagram, Facebook Page dan kemudian jual di www.etsy.com atau anda boleh set up blog anda sendiri untuk menjual. Saya bermula dengan blog percuma yang disedakan oleh Google. Boleh lihat blog saya kat sini

Subscribe juga kepada Youtube Channel saya. Wire Writing Secrets 

Panduan ini disedikan untuk mengajar kita pelbagai hal berkaitan penyimpanan dan pengiraan inventory, dan bagaimana nak buat display stand untuk wirename kita, hal-hal design kreatif, bagaimana nak menguruskan stall, juga disediakan template-template order chit, bagaimana nak buat promosi di internet dan sebagainya.  Serba lengkap juga ni.

Kalau anda nak buat bisnes ini, saya juga menyediakan personal coaching. RM500 saya ajar kesemua prosesnya. Berminat? hubungi saya

Anda boleh juga belajar dengan mendapatkan ebook Andy Turner ini di sini 

Cabaran terbesar

Bagi saya mendapatkan bekalan dawai yang sesuai secara berterusan adalah sesuatu yang sangat mencabar. Saya pernah kehabisan stok dawai yang saya inginkan dan cuma dapat dipesan dari China tapi ianya memerlukan kita memesan dalam bilangan yang banyak. Sehingga untuk satu musim saya membuat keputusan untuk berhenti membuat dawai nama dan fokus untuk memasarkan ebook wirename sebagai affiliate dan menerima komisyen melalui clickbank.

Nah, saya sudah mengongsikan hobi saya yang bertukar menjadi bisnes sampingan yang memberikan pendapatan yang agak memuaskan. Bagi anda pula, apakah hobi anda yang anda boleh tukarkan menjadi pendapatan sampingan? Sila komen kat bawah. =) Terima kasih.

 

Leave a Reply

error: Content is protected !!

Pin It on Pinterest

Share This
%d bloggers like this: