Siri Cara Buat Website #1-Pengenalan Kepada WordPress

Selamat sejahtera,  Nama saya Cornelius Henry berasal dari Sabah. Terlebih dahulu saya ingin mengucapkan terima kasih kepada anda yang sudi melawat website saya.

Saya adalah penulis ebook cara buat website di “Cara Buat Website WordPress” di mana saya mengajar bagaimana anda juga boleh membuat website anda sendiri samada untuk bisnes anda ataupun untuk organisasi anda. Seperti saya, saya juga membuka perkhidmatan membuat website kepada orang lain, anda juga boleh mendapatkan skil seperti ini dan menjana pendapatan melalui perkhidmatan buat website atau apa jua perniagaan online yang anda ceburi. Ini adalah essential skill yang harus ada.

Sekiranya anda pandai membuat website sendiri, anda bakal menjimatkan ribuan ringgit yang mana anda boleh gunakan untuk menanggung kos-kos pemasaran, atau kos-kos lain. 

Kebanyakan cara buat duit online bermula dengan website.

Tidak kiralah landing page, squeeze page, blog dan sebagainya…semuanya itu dapat dibuat dengan menggunakan WordPress. 

Bila kita sudah pandai membuat website, ia secara tidak langsung akan memberikan kita suatu platform dimana kita dapat mula membina kredibiliti dan meningkatkan pengaruh kita dalam sesuatu bidang atau niche kita.

Pengaruh inilah yang sebenarnya membuatkan orang lain membeli apa sahaja yang kita tawarkan kepada mereka. Sebab Pengaruh adalah Kepercayaan mereka terhadap anda.

Cara Buat Website- Pengenalan Kepada WordPress

Jika anda ingin belajar cara buat website, WordPress adalah pilihan terbaik.

Hampir tidak ada pemilik website yang tidak kenal apa itu WordPress. Kenapa? Kerana ianya percuma, dan fungsinya tidak terbatas dan proses belajarnya senang. Lebih-lebih lagi jika ada panduan seperti ini.  

Dalam post kali ini, anda akan belajar mengenai Apa Itu WordPress dan Apa yang diperlukan untuk mula buat website. 

Apa Itu WordPress?

WordPress adalah Content Management System atau CMS yang paling terkenal di dunia yang boleh diinstall di server/hosting sekiranya anda memilih pilihan self-hosted. Anda boleh membuat apa sahaja jenis website menggunakan WordPress.

  1. Blog
  2. Laman Web Bisnes
  3. Laman Web Organisasi
  4. Komuniti/ Forum
  5. eCommerce
  6. Membership Site

WordPress adalah CMS (Content Management System) paling popular saat ini, digunakan oleh lebih dari 27% dari seluruh website yang ada di seluruh dunia.

WordPress memiliki banyak ciri-ciri, seperti template serta plugin yang mempunyai pelbagai fungsi.

Antara pertanyaan yang kerap ditanya oleh orang yang baru bermula membuat website menggunakan WordPress adalah pertanyaan mengenai WordPress.com dan WordPress.org.

WordPress.com

Anda boleh mendaftar sebuah blog dengan nama seperti corneliushenry.wordpress.com secara PERCUMA. Anda juga dapat memilih nama domain sendiri seperti corneliushenry.com dengan bayaran tahunan melalui wordpress.com (disebut custom domain (domain mapping)/upgrade).

WordPress.org

Ianya juga dikenali sebagai WordPress Self-Hosted. Ini kerana menggunakan hosting anda sendiri yang anda beli dari Hostgator (contohnya).  Anda cuma perlu membeli hosting dan nama domain anda sendiri. Ia lebih baik berbanding membeli custom domain melalui WordPress.com kerana anda mempunyai lebih kawalan terhadap website anda. Anda boleh memasang pelbagai jenis plugin berguna untuk menambah baik website anda. 

Elakkan daripada menggunakan WordPress.com kerana walaupun ianya boleh digunakan secara percuma namun ianya tidak memberikan kebebasan untuk personalize website anda

Apakah Yang Kita Perlukan Untuk Membuat Website? 

Gambar di atas melambangkan sebuah laman web. Untuk membuat website, kita perlukan nama domain. www.corneliushenry.com. Ianya diumpamakan seperti alamat surat menyurat kita di dunia maya.

Untuk pelawat sampai ke website kita, kita kena ada alamat laman web atau nama domain.

1.Nama Domain

Nama domain ini boleh dibeli di laman web seperti www.godaddy.com , www.namecheap.com dan kalau nak beli domain extension Malaysia seperti .my atau .com.my atau .org.my boleh ke www.exabytes.com tapi anda kena menyediakan dokumen dari SSM atau Trading License (Enterprise) untuk memohon.

2. Akaun Hosting

Selain daripada itu, kita juga memerlukan akaun hosting.  

Akaun hosting ini diibaratkan seperti tapak sebuah rumah. Di tapak inilah kita akan mengisikan segala data-data dan maklumat berkaitan website kita.

Di dalam sebuah rumah, ianya akan kosong kalau tiada perabot dan peralatan lain betul tak? Oleh itu, di website kita, ianya diisi dengan data-data dan maklumat yang perlu sahaja.

Web Design atau Reka Laman Web ini samalah seperti reka bentuk dalaman ataupun interior design dimana rupa website kita itu sebenarnya terpulang kepada si anda sendiri.

INGAT: KISS- KEEP IT SIMPLE SAYANG

Tapi yang paling penting adalah mesej yang kita cuba sampaikan melalui laman web kita dapat menjangkau kepada sebanyak mungkin orang.

Apa Yang Kita Perlu Untuk Membuat Website?

  1. Akaun Gmail. Kita perlukan akaun gmail untuk mendaftar akaun di www.godaddy.com dan hosting di www.hostgator.com serta ia membolehkan kita menggunakan fungsi Google Drive untuk membantu kita menyimpan info-info penting berkenaan dengan laman web kita. 
  2. Debit Card. Kita perlukan debit card untuk membeli domain name dan hosting. Selain dari Debit Card Maybank, kita juga boleh menggunakan debit card samada VISA atau Mastercard yang disediakan oleh bank lain seperti CIMB, Public Bank, RHB dan sebagainya. Untuk mula mengunakan transaksi online, kita kenalah menghubungi pihak bank dan beritahu mereka anda ingin mengaktifkan online purchases for ecommerce. 
  3. Bajet untuk Penyelangaraan Laman Web anda. (Anggaran Kasar) Sekiranya anda serius untuk ada laman web sendiri, kita kenalah mengira kosnya terlebih dahulu sebelum bermula membangunkan laman web anda. Jangan saja nanti setengah jalan, laman web ditutup pula

a. Kos Domain Name =RM45.00 (Perlu bayar setiap tahun

          b. Kos Hosting = RM55.00 sebulan (RM660.00 Setahun) kalau Baby Plan Hostgator**RM135.00 sebulan                          (Hostgator Aluminium Reseller Plan)

          c. Kos Template = Free (Untuk permulaan,cari saja template percuma di internet)

  1. Kos Sebulan antara RM100.00-RM250.00 sebulan. Kalau dikira, kos bulanan saya hanya lingkungan **RM250 sahaja.

TAHUKAH ANDA:

Kos untuk membina website yang baik adalah  RM1000 ke atas dan biasanya saya akan minta RM50 setiap kali kita nak update atau menukar  kandungan website.

Kos tahunan untuk bayar nama domain dan Kos Hosting Bulanan

  1. Nama Domain.  Domain adalah salah satu yang anda perlu untuk membuat website atau blog anda.  Apabila kita mendaftar nama domain, ianya memberikan kita hak ke atas nama website yang kita beli itu. Tiada orang lain dalam internet boleh mengakses domain name tersebut kecuali anda.
  2. Akaun Hosting. Hosting adalah suatu server atau tempat penyimpanan semua data-data yang anda akan masukkan ke dalam website/blog anda.  Saya membeli hosting di www.hostgator.com
  3. WordPress Templates/Themes. Ada pelbagai jenis dan fungsi templates WordPress dan anda boleh mendapatkan template secara percuma melalui carian di google ataupun dengan cara membelinya.Ada yang berbentuk ecommerce, ada yang sesuai digunakan sebagai blog, sebagai portal berita dan sebagainya.

Siri Cara Buat Website #2 – Cara Mendaftar Nama Domain 

 

Terima kasih kerana membaca blog post ini dalam siri Cara Buat Website. Untuk mendapatkan pakej Lengkap sila ke laman web “Cara Buat Website”  WordPress

Anda suka post ini, kalau anda rasakan blog post ini membantu anda memahami lebih mengenai WordPress, silakan share dan komen kat bawah. Jika ada soalan, saya akan cuba menjawab.

 

 

No Responses

Leave a Reply

error: Content is protected !!

Pin It on Pinterest

Share This
%d bloggers like this: