Forex Trading Bagi Orang Kristian

Apa yang saya cuba kongsikan dalam blog post ini adalah pendapat peribadi. Ianya bukanlah satu post yang dapat dijadikan sebagai nasihat profesional yang mendorong anda melakukan sesuatu yang diluar kemahuan anda. Sila dapatkan nasihat daripada golongan profesional sebelum anda melakukan apa-apa keputusan berkenaan forex trading ini.

Saya masih ingat pada tahun 2007, saya telah diperkenalkan kepada Forex Trading oleh seorang saudara di gereja. Setelah membeli satu ebook mengenai Forex Trading Malaysia, saya mulai belajar mengenai konsep trade forex secara asas dengan dibantu oleh saudara ini secara Demo Trading.

Dia mengajar beberapa konsep penting di dalam Forex Trading iaitu Buy and Sell, Take Profit dan Stop Loss serta Pending Order. Dia juga mengongsikan mengenai bagaimana dia mengenalpasti peluang untuk Buy atau Sell sesuatu Pasangan matawang tertentu. Dia mengatakan bahawa “The Trend is Your Friend”.

Setelah membiasakan diri dengan akaun demo, saya mula tergerak nak buka akaun LIVE Forex. Namun masih terdapat keraguan di dalam diri saya. Oleh sebab itu, saya telah bertanya kepada bapa rohani saya yang juga adalah pastor saya pada ketika itu. Bapa rohani saya ini adalah bekas pengurus bank di salah satu bank yang terkemuka di Malaysia.

Selepas kami selesai membuat lawatan kepada salah satu jemaat gereja kami, semasa minum petang, saya telah bertanya kepada beliau mengenai adakah trading forex itu diperbolehkan bagi orang Kristian? Adakah ianya sama dengan berjudi? seperti membeli nombor 4d,5D dan 6D? Jackpot? Saya menceritakan bahawa saya baru belajar mengenai Forex Trading dan ingin mengetahui lebih dalam dari sudut pandangan kristian.

Saya juga bertanya ,”Adakah Forex itu sejajar dengan ajaran Alkitab.”  Bapa rohani saya tidak mengatakan tentang halal dan haram cuma dia membantu saya memahami lebih mendalam mengenai konsep forex trading itu dan setelah itu mendorong saya untuk mengali lebih dalam Firman Tuhan mengenai hal ini. Jika ada keraguan apakah itu menyenangkan Tuhan atau tidak, maka lebih baik jangan dilakukan.

Roma 14: 23 ,” Sebaliknya, seseorang yang makan sesuatu dengan perasaan waswas adalah bersalah kerana perbuatannya itu tidak berasaskan iman. Segala yang tidak berasaskan iman itu adalah dosa.”

Saya masih ingat jawapannya begitu mudah kepada saya. Dia mengatakan bahawa hampir semua kegiatan ekonomi yang ada disekeliling kita ada kaitan dengan Forex. Ianya berkenaan hal membeli dan menjual, konsep beli murah dan jual mahal untuk menjana keuntungan.

Ianya adalah sistem perdagangan dunia di mana terdapatnya satu pertukaran nilai dari satu pihak kepada satu pihak yang lain. Dan ini adalah satu perniagaan yang besar. Dia juga memberitahu saya bahawa bank-bank juga melakukan pelaburan matawang asing atau dalam erti kata yang lain mereka juga melakukan Forex Trading.

Bapa rohani saya seterusnya memberikan peringatan kepada saya agar tetap berhati-hati dalam perdagangan mata wang asing ini sebab dalam trading forex ada beberapa cara.

Ada cara yang baik dimana kita sendiri yang melakukan perdagangan mata wang tersebut. Kita beli dan jual sendiri.

Namun ada juga cara yang tidak baik, yang membuatkan kita terjerumus dalam bebanan hutang dan sebagainya kerana perbuatan trading forex itu dilakukan oleh orang lain yang kadang kala tidak peduli samada kita Win atau Loss kerana dia cuma berminat dengan keuntungan yang dia boleh jana setiap kali dia buy atau sell bagi pihak kita.

Saya kenal beberapa forex trader yang juga adalah fund manager yang juga adalah kawan rapat saya yang memang sangat strict dengan rules masuk dan keluar dalam pasaran Forex. Mereka mengamalkan Money Management yang ketat dan juga berpegang teguh kepada rules trading mereka.

Ianya juga menjadi tidak baik sekiranya kita terlalu berani mengambil risiko kerana kita maju menjana keuntungan yang cepat dan banyak, di sini roh cinta akan wang mulai menyisip dan membuat kita seperti berjudi dan ingin membalas dendam terhadap pasaran forex.

Forex Trading dalam Alkitab. Memang kalau sebagai orang kristian, kita kena merujuk kepada Alkitab untuk memahami akan segala sesuatu yang menjadi pergelutan kita dalam hidup ini. Alkitab memang dapat memberikan ‘pencerahan’ itu sehingga kita dapat melakukannya tanpa tuduhan dalam hati nurani kita.

Saya ingin mendorong anda yang membaca artikel ini untuk merenungkan firman Tuhan yang disenaraikan dibawah dan saya berharap anda akan bebas dari tuduhan atau keraguan dalam hati anda. Jika anda mempunyai bakat dan berpeluang melakukan perdagangan mata wang asing, pastikan anda menggunakan wang yang ‘lebihan’ atau wang extra yang anda simpan untuk dilaburkan.

Seperti skil keusahawanan lain pun, kita kena membentuk skil dalam dunia forex trading ini. Kita kena banyak membaca dan melakukan latihan secara demo akaun.

Kolose 3:17
Segala yang kamu katakan dan lakukan haruslah dengan nama Tuhan Yesus sambil mengucap syukur kepada Bapa kita Allah melalui-Nya.

1 Kor 10:31
Setiap yang kamu lakukan, baik makan mahupun minum, lakukanlah untuk memuliakan Allah.

Galatia 2:20
 Aku telah disalib bersama Kristus, bukanlah aku lagi yang hidup, tetapi Kristus yang hidup dalam aku. Dalam hidup jasadku sekarang aku hidup dengan iman kepada Anak Allah, yang mengasihiku dan menyerahkan diri-Nya untukku.

Leave a Reply

error: Content is protected !!
%d bloggers like this: