Iman dalam Tuhan Tidak Kira Apapun

IBRANI 4:12 Firman Allah hidup dan berkuasa, lebih tajam daripada pedang dua mata, menembusi ke garis pemisah nyawa dan roh, sendi dan sumsum, serta mengenal antara fikiran dan niat dalam hati.

Semasa kebaktian di gereja pada hari ahad yang lalu, kami mendengar kepada khotbah yang dikongsikan, kami didorong dan dicabar oleh Firman Tuhan. Kami merasa roh kami dibangkitkan. Namun demikian, pertempuran sebenar bermula diawal minggu apabila kita berhadapan dengan cabaran-cabaran dalam kehidupan. Situasi atau orang disekeliling kita, mungkin tidak memihak kepada kita.

Akhir tahun lalu saya mempunyai kesempatan untuk berdoa penyembuhan dengan saudara-saudara lain bagi ahli keluarga mereka yang sakit. Satu daripadanya adalah seorang lelaki berumur 90 tahun yang sudah menerima Yesus dalam hidupnya sekitar 10 tahun yang lalu dalam pelayanan kami dan satu lagi berumur sekitar 60-an. Yang berumur 60-an ini menerima Yesus Kristus sebagai Tuhan dan Juruselamat dalam hidupnya ketika kami berdoa untuk kesembuhannya. Kedua-duanya meninggal dunia dan jika mereka memelihara iman mereka kepada Tuhan, mereka kini berada di syurga.

Semasa saya merenungkan perkara ini, saya bertanya kepada Tuhan apa yang berlaku? Jawapannya kepada saya adalah mudah dan ditemukan dalam Matius 24:35 dan juga Lukas 10:20

Langit dan bumi akan lenyap, tetapi kata-kata-Ku tidak akan lenyap.” Matius 24:35

20Tetapi jangan kamu bersukacita kerana segala roh iblis menurut perintahmu tetapi bersukacitalah kerana namamu tercatat di syurga.”Lukas 10:20

Terdapat banyak perkara yang saya tidak faham dalam Firman Tuhan. Tetapi saya memilih untuk mempercayai Firman-Nya dan akan terus mengisytiharkan FirmaNya untuk diri sendiri, keluarga dan yang lain sesuai dengan pimpinan Tuhan. Kesudahan yang baik adalah dari Tuhan!

Bagaimana pula dengan anda hari ini?

 

Renungan oleh Ps Alex Buguk

Leave a Reply

error: Content is protected !!

Pin It on Pinterest

Share This
%d bloggers like this: