Kadamaian Adventure Race 2018 – The Story of Anita Limjoon

Seperti blogpost saya yang lalu, saya memang dalam proses nak menurunkan berat badan dengan 2 strategi utama.

  1. Intermittent Fasting
  2.  Japanese Style Jogging  (Walking Speed)

Cuma sekarang ada ‘slow down’ sikit…dan memang ada kenaikan dari segi berat badan walaupun baru 2 bulan tak begitu aktif intermittent fasting ni, alasan banyak orang jemput makan,  outstation dan selalu makan sedap2…hmm tak apa, teruskan perjuangan.

SO, bila nampak kawan2 Facebook yang selalu share gambar dan pengalaman mereka menyertai Marathon, macam syok juga mau ikut. Cuma halangannya adalah kerana ianya selalu dianjurkan pada hari ahad..pada waktu saya ada pelayanan di gereja pada setiap ahad. Maybe one day, saya akan post pengalaman join larian seperti ni.

Ada saudara yang memang sangat rajin ikut larian, dan bila saya ke rumah dia, memang sangat kagum melihat deretan medal yang bergantung di ruang tamu rumah beliau. Bukan dia sahaja yang berlari, anaknya pun mulai menunjukkan minat besar dalam bidang larian ini. Pernah juga saya membaca di Facebook di mana mereka sekeluarga turut serta dalam 1 larian. Hebat!

Berkenaan dengan larian Kadamaian Adventure Race 2018 ini, minat nak menulis mengenai topik ini timbul selepas membaca post oleh sis Anita Limjoon. Memang saya dapat bayangkan betapa sukarnya laluan yang mereka tempuhi dalam larian ini. Sis ni bukan alang2 tau orangnya, pun boleh mengatakan betapa susah dan brutalnya larian kali ini. Makin saya baca, makin saya mau cuba lah ini larian ni…hmmm.  Tak apa, saya share copy paste saja perkongsian sis Anita kat blog post ni..manatau ada kamurang yang minat mau join larian ini lain kali.

             

I dont want to talk much about how hard and brutal this Kadamaian Adventure Race 2018. It was not an easy race, very tough and dangerous too. Hats off to all runners (including myself 😃) who managed to conquer the Bukit Bogung. We are also the king and queen of Bogung 💪. I have few funny stories to share here during the race:

1. Somewhere km8 or 9, yang ada jambatan gantung, ada crew jaga. Sia nampak itu runner lelaki dari jauh sia ikut saja dia, limpas sikit tu jambatan gantung trus itu crew (org kampung ni) cakap “bukan sana jalan tu, di sini naik atas” dan sia pun panggil tu runner depan “oiii ko salah jln sini” trus itu crew bilang “biar dia tu, dia pigi kinsing (kencing) tu” 😂

2. Limpas sungai pertama – kebanyakkan runners yang tersama2 masa tu buka kasut seberang sungai. Sia tdk peduli hantam saja tu sungai, macam saja tu budak yang jajal n degil. Selepas seberang sungai itu tanah becak n berlumpur. Dalam hati kotoh la kamu yg buka kasut. Ko tu buka kasut kan Vaina James . Selepas WS2 ada sungai lagi, trus sia tanya yg lain2 “kamu tidak mo buka kasut” kamu tau la jawapan durang “tidak mau suda” 😂

3. Buli2 sia nakalapik dan nokosumpak di kawasan yang rata ngam2 sia injak itu ranting kayu and i lost my balance shaitsss. Sakit juga lutut dan siku sia terhampas di tanah 😂

4. Masa naik bukit Bogung, ada banyak area mo guna tali. May be the crew saw me struggling to hold the rope while the other hand holding my walking pole. Trus dia bilang bagi sia tu tungkat ko, ko pigang tu tali pakai 2 tangan. Selepas sampai di atas trus sia jalan. Crew bilang oiii tungkat ko jangan lupa 😂 singaja baitu sebab itu tungkat pun cam berat suda

5. Macam tidak pandai sampsi2 itu puncak Bogung. Si Prety Peth bilang lepas ini tali macam sampai suda kita di puncak. Satu kali bila sampai di atas bukan puncak. Kecewa betul. Ada 2 crew sana dia bilang dekat suda tu puncak mungkin 300 meter. Talampau kecewa n penat sia jawab tu crew “macam mana ko tau dekat suda” n crew jawab “doi kami ba jaga ini area, kami tau la ba” 😂 sebab banyak case crew bagitau dekat suda padahal 3-5km lagi 😂

6. Masa turun Bukit Bogung, punya la licin itu jalan. Nasib organiser kasi sedia tali sepanjang jalan. Jangan la kamu mo shake hand tangan sia ni. Kasar dan karas suda. Itu garisan tapak tangan hilang suda, mungkin thumb print pun tidak buli baca suda ni 😂

7. Sepanjang downhill sia bersama si Ah Lan. Sekali si Ahlan tergelincir dari atas sampai bawah, sia terteriak ba “Ahlannnnnnnnnnn” macam satu Bukit Bogung buli dingar suara sia beteriak. Pacat pun bertempiaran 😂

8. The last 2km sia sama2 si Ethan Stanley Wong buli2 kami missed itu marker yang masuk belukar dan terus menuju ke sungai. Sampai sungai sia n Ethan hairan macam mana mo seberang ini sungai dalam n deras. Bodoh tahap gaban kami masa tu. Nasib lagi sia waras balik. Kita patah balik Ethan sia bilang. Sekali tu betul2 ba ada tu petanda tarang2 ba 😂.

9. Ba last suda ni. Lepas part sesat sia n Ethan, trus si Ethan bilang “aunty mari kita lari, buli tu kita buat di bawah 6 jam”. Sia bilang Ethan penat suda aunty ni ko lari saja, jumpa ko di FL nanti. Macam jauh juga la sia rasa si Ethan kasi tinggal sia wpun sia lari2 anak juga la. Tiada suda kelibat si Ethan. Sekali part mo seberang sungai, sia nampak si Ethan masi bertungkus lumus melawan sungai 😂

10. Ada pula last yang lucu. Masa turun bukit Bogung ramai yang tergelincir dan acara melatah bukan alang2 ba. Si Ah Lan dan ada juga lain2 tu kuat melatah. Terkeluar la perkataan lucah “tonxxx dan totxxxx” 😂

Ba itu saja la cerita2 lucu KAR harap kamu terhibur

Source: https://www.facebook.com/anita.limjoon/posts/2152517141435513

 

Tahniah sis Anita Limjoon. Terhibur juga saya membaca. tapi apapun, memang sudah berjaya menarik minat saya untuk nak cuba join larian seperti ini lain kali. But nak cuba yang beginner level dulu lah. Adakah yang minat mau bawa saya? =) cuba komen dan share info di bawah

18 Comments

  1. Amni 22/10/2018 Reply
  2. nurmisnan 22/10/2018 Reply
  3. Solihin Wahid 22/10/2018 Reply
  4. Mahamahu 22/10/2018 Reply
  5. cindyrina 22/10/2018 Reply
  6. Ciktie 22/10/2018 Reply
  7. Nadia Johari 23/10/2018 Reply
  8. Zaidalifah 23/10/2018 Reply
  9. Rawlins GLAM 23/10/2018 Reply
  10. Syamimi 23/10/2018 Reply
  11. Zharif Azis 23/10/2018 Reply
  12. Racheal Loh 23/10/2018 Reply
  13. Alia 24/10/2018 Reply
  14. AlongMurni 24/10/2018 Reply
  15. Lia Hasty 24/10/2018 Reply

Leave a Reply

error: Content is protected !!

Pin It on Pinterest

Share This
%d bloggers like this: