Kekayaan: Tujuan Tuhan

Ulangan 8:18 ” Sebaliknya, ingatlah Tuhan, Allahmu, kerana Dialah yang memberikan kepadamu kekuatan untuk memperoleh kekayaan itu, demi meneguhkan perjanjian yang telah Dia sumpah kepada nenek moyangmu, seperti pada hari ini.”

Sememangnya tujuan dan objektif keusahawan adalah untuk menciptakan kekayaan, dan sekiranya suatu perniagaan itu tidak mampu menciptakan kekayaan maka perniagaan itu sebenarnya gagal menjadi satu perniagaan yang mampan. Oleh itu, sebagai usahawan kita perlu faham apakah tujuan sebenar kekayaan itu.

Tujuan Kekayaan

Apa itu kekayaan? Kekayaan adalah segala yang kita ada  yang melebihi keperluan kita sehari-harian. Sebagai contoh makanan, pakaian, rumah, rekreasi, penjagaan kesihatan, pendidikan dan sebagainya.

Tuhan membenarkan kita memiliki lebih dari apa yang kita perlukan atau suatu batas tertentu adalah supaya kita memiliki kebebasan.

Kebebasan daripada apa?

  1. Tuhan mahu memberikan kita kebebasan untuk melakukan apa yang kita benar-benar ingin lakukan. Kekayaan membuang kekangan atau had dalam hidup kita supaya kita dapat melakukan apa yang kita benar-benar ingin lakukan.

Namun demikian, ianya adalah sesuatu yang agak berbahaya untuk memiliki kebebasan ini tanya mengentahui tujuan kebebasan itu.

Sesiapa yang  tidak mengetahui tujuan Alkitabiah mengenai kekayaan cenderung untuk menyalahgunakan kebebasan yang mereka miliki atau menggunakan kebebasan itu untuk memuaskan hawa nafsu kedagingan mereka.

Galatia 5:13 “Kerana kamu, saudara-saudara, telah dipanggil untuk mendapat kebebasan. Cuma, janganlah gunakan kebebasan sebagai kesempatan memuaskan hawa nafsu; tetapi berkhidmatlah untuk satu sama lain dengan kasih.”

Jika kita baca dalam percakapan Musa dengan Firaun ketika dia meminta Firaun untuk melepaskan umat Tuhan keluar dari Mesir kita akan menemukan tujuan sebenar kebebasan itu.

Keluaran 8:1 “ Tuhan berfirman kepada Musa, “Pergilah menghadap Firaun dan katakanlah kepadanya, ‘Beginilah firman Tuhan, “Izinkanlah umat-Ku pergi, supaya mereka dapat beribadat kepada-Ku.”

Sebelum umat Israel dibebaskan dari cengkaman Mesir, kita membaca bagaimana umat Tuhan diperhamba kerana ramai dikalangan mereka tidak tahu tentang apa sebenarnya yang Tuhan ingin mereka lakukan dalam hidup mereka.

Mereka cuma tahu bahawa mereka perlu tunduk kepada perhambaan itu kerana mereka perlu meneruskan kehidupan mereka di Mesir.

Tujuan kebebasan adalah untuk menyembah dan melayani Tuhan Sang Pencipta menggunakan masa, bakat dan harta benda yang kita miliki. (Keluaran 8:1, 9:1)

Kita kena faham bahawa sebagai seorang usahawan, Tuhan memberikan kita kekayaan kerana Dia ingin memberikan kita kebebasan untuk menggunakan masa kita untuk melakukan perkara yang menyenangkan hati Tuhan dan dalam masa yang sama melakukan kehendak-Nya.

Kita juga diberikan kekayaan oleh Tuhan agar kita dapat menggunakan bakat kita untuk menyenangkan hati-Nya dan melakukan kehendak-Nya.

Tuhan juga memberikan kita kekayaan untuk membenarkan kita menggunakan harta benda kita untuk menyenangkan hati-Nya da melakukan kehendak-Nya.

Sebagai seorang usahawan, perlukan kita menunggu sehingga kita mendapat kekayaan barulah kita mau menyembah dan melayani Tuhan?

Tidak. Kekayaan dicipta melalui usaha atau pekerjaan dan pekerjaan kita seharusnya menjadi satu perbuatan yang menyembah Allah kita.

Perkataan bagi pekerjaan dalam bahasa Ibrani adalah avodah yang bermaksud penyembahan.

Dalam erti kata lain, sekiranya kita sebagai usahawan tidak menyembah Tuhan dengan pekerjaan kita, kita tidak akan menyembah Tuhan dengan kekayaan kita. Ianya semudah itu!

Semua yang kita lakukan adalah penyembahan kepada Tuhan, kita diciptakan untuk menyembah Tuhan.

Samada kita menyembah Tuhan ataupun menyembah ciptaan Tuhan yang sebenarnya Tuhan limpahkan kepada kita untuk dinikmati.  (Matius 6:24, Roma 1:24-25,  1 Timotius 6:17)

Sekiranya pekerjaan atau perniagaan saya tidak dimulakan dengan fokus penyembahan dalam fikiran saya, perlukah saya mengubah pekerjaan atau perniagaan saya agar saya dapat menyembah Tuhan sewajarnya?

Tidak, melainkan Tuhan yang mengarahkanya. Jika tidak, sembahlah Tuhan dalam pekerjaan yang anda ada sekarang. (1 Korintus 7:17-24)

Semua pekerjaan kita merupakan perbuatan kita menyembah Tuhan, kecuali, semestinya dalam hal produk-produk atau perkhidmatan yang tidak kudus (Kolose 3:17).

Pekerjaan kita merupakan penyembahan apabila dilakukan dengan sengaja dan sebagai ketaatan kita terhadap perintah dan juga untuk melakukan kehendak Tuhan.

1 Korintus 7:18-24 ” 18Contohnya, jika seseorang itu sudah pun bersunat sewaktu Allah memanggilnya, janganlah pula dia cuba menghilangkan tanda sunat itu. Demikian juga, sekiranya seseorang itu tidak bersunat semasa Allah memanggilnya, janganlah dia meminta disunatkan. 19Bersunat atau tidak bersunat bukan perkara yang terpenting. Yang terpenting ialah taat akan perintah Allah. 20Setiap orang harus terus hidup dalam keadaannya ketika dia telah dipanggil Allah.21Jika kamu hamba ketika dipanggil Allah, janganlah bersusah hati kerana itu; tetapi jika kamu mendapat peluang untuk menjadi orang merdeka, ambillah peluang itu. 22Hamba yang beriman kepada Tuhan menjadi orang merdeka di mata Tuhan. Begitu juga orang merdeka yang beriman kepada Kristus menjadi hamba kepada Kristus. 23Kamu telah dibeli dengan harga yang dibayar sepenuhnya; maka janganlah kamu menjadi hamba manusia. 24Saudara-saudaraku, masing-masing hiduplah bersama Allah dalam keadaan yang sama seperti ketika dipanggil Allah.”

Tujuan Kekayaan

Leave a Reply

error: Content is protected !!

Pin It on Pinterest

Share This
%d bloggers like this: