Keusahawanan Di Dalam Alkitab

Kita boleh melihat beberapa contoh keusahawanan di dalam alkitab, tapi kita perlu memastikan bahawa kita menggunakan definisi yang betul mengenai perkataan keusahawanan.

Keusahawanan adalah satu tindakan kreatif yang membawa kepuasan yang lebih tinggi kepada orang ramai, menghasilkan lebih banyak tempahan, dan mencari jalan untuk menghasilkan nilai yang lebih besar daripada sebelumnya

Abraham

Kita baca dalam Kejadian 13 bahawa Abram sangat kaya. Dia memiliki ternakan, emas, dan perak. Pada masa dimana dia perlu menyelamatkan Lot (Kejadian 14), dia mempunyai lebih dari 300 orang yang terlatih, mungkin juga terlatih dalam hal penggunaan senjata.

Di sebalik kekayaannya, Abram sebenarnya adalah seorang usahawan. Ini dibukti dalam Kejadian 13, ketika Abram dan Lot berpisah dan Lot memilih untuk pergi ke dataran yang lebih subur. Ini adalah kawasan yang sebanding dengan Taman Eden. Kemungkinan Abram mendapat kawasan yang kurang menarik, kurang subur, namun dia tetap berjaya dan menikmati kemakmuran. Namun demikian, Lot secara material dan rohani semakin merosot oleh kerana pilihannya. Dia pada mulanya menjadi kaya seperti pakciknya Abram, tetapi akhirnya tinggal di dalam sebuah gua (Kejadian 19).

Selepas mendapat bahagian tanah yang lebih kecil, sebaliknya kekayaan Abram bertambah, demikian juga dalam hal iman dan hubungannya bersama dengan Tuhan. Menjelang Kejadian 21,  Abraham ( Tuhan sudah mengubah namanya pada waktu ini) telah membuat perjanjian dengan raja-raja dan panglima-panglima.

Abraham mempunyai iman dan visi yang diberikan Tuhan untuk masa depannya, dan ketabahan untuk meninggalkan rumahnya, mematuhi, dan menyelesaikan tugasannya.

Salomo

Salomo adalah unik jika dibandingkan dengan raja-raja Israel yang lain, kerana seolah-olah dialah satu-satunya raja yang berjaya melihat dan menjana keuntungan dari kelebihan geografi kerajaannya.

Israel kuno terletak di dua laluan perdagangan kuno yang besar, King’s Highway /jalan raya raja (Bilangan 20:17) dan Jalan Laut (Via Maris), selain beberapa laluan lain yang tidak begitu dikenali. Raja Salomo terlibat dalam perdagangan, dan dia tampak sebagai satu-satunya raja Yahudi  yang menggunakan sepenuhnya kelebihan yang diberikan oleh laluan ini (1 Raja 5, 9).

Alkitab memberitahu kita bahawa Salomo tersangatlah kaya, tetapi dia harus ‘menciptakan’ kekayaannya, kerana kebanyakannya tidak ada sebelum ini (1 Raja-raja 3, 4:26). Solomon menghasilkan kekayaan dengan membawa kedamaian di dalam kerajaannya, yang membolehkannya menggunakan sumber-sumber yang ada untuk pengeluaran, bukannya untuk perlindungan. Di samping itu, beliau menggalakkan perdagangan dan beliau menjadi satu-satunya raja Yahudi yang mempunyai satu armada yang digunakan dalam perdagangan (1 Raja-raja 9).

Sebaliknya, anak lelaki Salomo, Rehoboam, mempunyai peluang untuk mengukuhkan kedudukan Israel di dunia. Sebaliknya, beliau memilih penasihat yang lemah dan oleh itu beliau membuat keputusan yang kurang bijak. Akibatnya, Kerajaan Israel berpecah kerana dasar cukai dan buruh paksa (I Raja-raja 12). Seorang yang lebih bijak, lebih berwibawa dan berjiwa usahawan akan dapat mengurangkan bebanan ini dan memajukan kerajaan melalui beberapa cara lain,  contohnya dalam hal perdagangan.

Lidia dari Tiatira

Lidia, peniaga kain ungu di Tiatira, adalah tokoh alkitab yang agak kurang dikenali, namun kita mesti berhati-hati agar tidak membuat andaian melebihi apa yang kita dapat baca dari kisahnya yang disebutkan dalam Alkitab.

Apa yang kita tahu adalah bahawa pada ketika itu, wanita di dalam kerajaan Romawi dibenarkan untuk memiliki harta dan menjalankan perniagaan. Kita juga tahu bahawa Tiatira adalah pusat perdagangan untuk kain berwarna, terutamanya kain warna ungu. Oleh itu, Lydia kemungkinannya bukanlah seorang perintis dalam industri kain ungu atau mungkin tidak terlibat secara professionnya, tetapi dia pastinya terlibat secara peribadi dalam perniagaan ini.

Walaupun kita hanya dapat membaca tentang Lidia dalam beberapa ayat sahaja di Kisah 16: 14-15, 40, kita dapat belajar beberapa perkara. Dia mempunyai rumah tangga, mungkin dia adalah seorang janda, dan dalam rumahnya mungkin termasuk anak-anak dan mungkin termasuk pelayan atau hamba.

Dia mempunyai rumah yang cukup besar untuk memberikan tumpangan kepada para tetamu, dan bersedia untuk memberi tumpangan kepada rasul Paulus dan Silas setelah mereka di penjarakan. Di samping itu, rumahnya juga kelihatan seperti sebuah Pusat Pelayanan Kristian di kawasan itu. Keramahannya tanpa diragukan juga datang bersama dengan risiko, dan kesanggupannya untuk mengambil risiko menunjukkan cici-ciri keusahawanan Lidia.

Hal Lain untuk Dipertimbangkan

Alkitab bukanlah buku tentang usahawan termahsyur di masa lalu, jadi informasi dapat kita kaji agak terbatas. Kita walaubagaimanapun dapat membuat beberapa kesimpulan.

Kita tahu bahawa beberapa orang rasul menjalankan perniagaan penangkapan ikan, dan perniagaan mengutip cukai yang dijalankan oleh Matius pada waktu itu adalah suatu perniagan peribadi. Di samping itu, rasul Paulus menjahit khemah, Lukas mengamalkan perubatan, dan orang percaya yang kurang disebutkan dalam Alkitab juga menjalankan perniagaan.

Salah satu contoh ciri keusahawan adalah yang ditunjukkan oleh Paulus, Barnabas, Timotius, Silas dan banyak lagi adalah dalam hal penanaman gereja. Ini adalah satu yang bersifat keusahawanan kerana ianya memerlukan iman, visi, ketabahan dan kesediaan untuk tetap teguh berdiri pada saat berhadapan dengan tentangan.

Kejayaan dalam hal penanaman gereja tidak dapat diukur dengan keuntungan secara material. Walaubagaimanapun, seseorang dapat menilai kejayaan dengan cara lain iaitu bagaimana gereja yang ditanam itu meningkatkan tarah kehidupan ramai orang dalam komuniti mereka agar menjadi lebih baik.

Untuk melihat sebuah gereja yang berjaya dan maju, memberitakan Firman Tuhan, menginjil, dan melayani di tempat baru dengan beberapa orang percaya boleh disamakan dengan seorang usahawan yang memulakan suatu perniagaan yang baru. Setiap orang yang pernah terlibat dengan penanaman gereja tahu bahawa ianya memerlukan seseorang yang istimewa untuk memimpin pekerjaan tersebut.

Kesimpulan

Anda mungkin berpendapat bahawa contoh yang saya berikan dalam contoh yang luar biasa, kerana Tuhanlah mengarahkan dan memberkati mereka. Namun Tuhan sebenarnya menyertai semua kita orang yang percaya, memimpin kita (Amsal 3: 5-6) dan memberkati kita (Efesus 1: 3).

Walaupun kita bersyukur kerana tokoh-tokoh Alkitab ini, kita juga mestilah mengingat apa yang Yakobus katakan mengenai Elia bahawa walaupun dia adalah seorang tokoh yang mempunyai iman yang besar, namun dia juga adalah seorang manusia biasa seperti kita. (Yakobus 5:17)

Apapun yang Tuhan lakukan dalam kehidupan tokoh-tokoh Alkitab ini dan usahawan-usahawan yang disebutkan dalam Alkitab, Tuhan juga boleh melakukanya melalui kita.

Leave a Reply

error: Content is protected !!
%d bloggers like this: