Mee Sup KB Ah Thong @ Donggongon Square, Penampang

Jangan Mengaku Orang KB kalau belum cuba Mee Sup KB!

Mee Sup KB Ah Tong @ Donggongon Square Penampang

Sejak kebelakangan ini, heboh sedikit wall saya di Facebook bila orang banyak menggunakan hastag #JanganMengaku.

Sampai ada yang tulis “Jangan Mengaku Orang KB kalau belum cuba Mee Sup KB” 

So pagi tadi selepas send wife ke tempat kerja, saya ambil peluang breakfast di Donggongon Square and apabila nampak restoren Mee Sup KB Ah Thong yang mengaku ORIGINAL dari Kota Belud, saya tergeraklah nak bersarapan pagi di sana.

Kota Belud ni sebenarnya tidaklah jauh sangat dari Kota Kinabalu, cuma 65 km jauhnya dari KK dan ambil masa lebih kurang 2 jam untuk sampai jika memandu. (Boleh sampai lebih awal jika anda drive macam F1)

Mee Sup KB ni memang terkenal di Sabah dan saya diperkenalkan kepada menu makanan Mee Sup ini oleh kawan saya yang dari Kota Belud juga.  So jika kamu mau cuba makan Mee Sup KB Ah Tong ini, restoren ini yang telah dibuka pada 2.5.2014  Donggongon Square, Penampang sehingga blogpost ini ditulis masih beroperasi dengan aktif.

Dekat saja bah itu…So, tidak payahlah mau drive jauh ke Kota Belud untuk merasa Mee Sup KB Ah Tong ini.

Mee Sup KB Ah Thong ni kalau dilihat dari papan tanda mereka ada menyatakan bahawa origin mereka atau permulaan mereka adalah pada tahun 1965  dan keluarga ini masih terlibat dalam bisnes menjual mee sup di Tamu Besar KB. Dengarnya, Mee Sup KB Ah Thong sekarang ni adalah generasi ke-3 yang masih menjalankan bisnes ini.

Mee Sup KB Ah Thong ni menuliskan di signboard mereka ‘SERVE NO PORK”. Maksudnya, kalau kamu mencari sinalau atau ‘kerbau pendek’ memang tidak ada dalam menu.

Untuk saiz makanan biasa, kesemuanya berharga RM6 untuk setiap hidangan utama (rujuk gambar di atas).

Saya biasa datang ke sini untuk sarapan dan makan tengah hari. Tapi mereka cuma akan buka sehingga jam 3pm. Mereka tidak buka untuk makan malam.

Setelah mengambil tempat duduk saya, dalam masa kurang dari 30 saat auntie yang datang mengambil pesanan datang kepada dan bertanya ,”Mau order apa?” , Saya minta Kopi O kaw-kaw dan Kon Lau Mee Ayam Kicap (Saiz Biasa). Saya biasanya suka memesan Kon Lau mee berbanding Mee Sup KB. Sama-sama sedap tapi secara automatik memang saya akan memesan Kon Lau Mee ini=)

Kon Lau Mee Ayam Kicap oleh Mee Sup KB Ah Thong

Ini berharga RM6 sahaja

Murah juga kan…ya, murah dan sedap. Berbaloi juga bah makan sini.   Selepas membuat pesanan, saya menunggu lebih kurang 5-8 Minit untuk makanan saya sampai ke meja. Lagipun memang tidak juga ramai sangat orang yang ada di restoren pada waktu itu. Melihat makanan yang sudah dimeja, nampak macam biasa-biasa sahaja. Seperti juga Kon Lau Mee di restoren lain, rasa macam saya sedang makan di Tamu Besar KB.  Seperti biasa, kita mengaulkan mee agar perencah kicap dan bawang yang diletakkan di atas mee ini dapat digaulkan sama rata sebab jika tidak, rasa mee adalah tawar.

Rasa mee nya lembut dan jarang didapati sekiranya kita beli dari supermarket atau kedai kerana mee ini memang dibuat sendiri oleh Mee Sup KB Ah Thong. Texture nya memang memuaskan hati..tidak terlalu lembut dan tidak juga terlalu keras..Just nice. Dan paling penting, saya tiada terhidu bau mee. Biasanya mee yang disimpan lama ada sedikit bau walaupun selepas di masak

Saya juga berpuas hati dengan Ayam masak kicap dihidangkan dalam mangkuk yang sama. Rasa kicapnya yang tepat dengan cita rasa saya, dagingnya juga rasa lembut dan tidak terlalu kering. Kulit ayam seperti sudah di ‘marinate’ semalaman membuatkannya memiliki rasa yang menyelerakan.

Biasanya orang Sabah kalau tiada Mee Sup Kosong memang tidak cukup rasanya hidangan makanan. So, di Mee Sup KB Ah Thong memang sedia maklum akan menyediakan hidangan ‘Sup Kosong’ tanpa perlu kita memintanya.

Mee Sup KB Ah Thong juga menyertakan sekali semangkuk kecil bawang goreng yang anda boleh tambahkan samada ke dalam sup kosong anda atau di atas mee anda. Saya biasanya meminta tambahan 1 mangkuk kecil bawang goreng.

Jika anda jenis yang suka lada dan rasa pedas, mungkin anda tidak akan mahu melepaskan peluang untuk menambah semangkuk kecil lada bersama.

Tidak lupa juga segelas minuman Kopi O yang kaw-kaw.

Dari segi suasana kedai, saya sebenarnya suka dengan suasana kedai kopi yang santai dan tak begitu complicated dengan design dan warna-warni. Boleh dikatakan yang warna di kedai ini adalah warna beige atau warna kayu. Bagi saya kalau terlalu banyak warna di sesuatu restoren, ianya adalah satu distraction daripada hidangan utama kedai yang sepatutnya menjadi ‘superstar’ dan fokus pelanggan. Dan restoren ini berjaya menarik fokus pelanggan dengan pemilihan nama kedai iaitu ‘Mee Sup KB Ah Thong’ . Inilah salah satu tarikan utama di kedai ini.

Pekerja di restoren ini sudah tahu apa yang harus mereka lakukan, lelaki bertopi merah itu (saya tidak tanya pula namanya) ialah chef yang cekap menyediakan hidangan pelanggan.

Komen saya, pemakaian apron pekerja tidak konsisten. Ada yang pakai, ada yang tidak memakai. mereka yang handle makanan, ada pakai apron, tapi yang bekerja dibahagian belakang kawasan penyediaan makanan pula tidak memakai apron. Chefnya pun hanya memakai apron dibahagian pinggang ke bawah sahaja.

Bahagian lantai juga kelihatan bersih tersapu. Meja makan juga dibersihkan terus selepas sahaja pelanggan selesai makan dan meninggalkan meja.

Tisu juga disediakan secara percuma di restoren ini cuma anda perlu mengambil sendiri dari tissue dispenser yang diskru di dinding restoren.

Mungkin bos restoren ini mahu menampilkan suasana kedai seperti di Kota Belud yang santai dan ‘simple’ dan lebih mengetengahkan menu utamanya iaitu Mee Sup KB.

Untuk bahagian tandas pula, agak bersih dan terletak jauh dan tidak dilihat secara terus dari kawasan meja makan. Bagi saya, untuk buang air kecil memang tiada masalah, tapi kalau ada yang mahu buang air besar mungkin akan mengalami sedikit kesukaran jika tidak biasa. Tapi kalau sudah ’emergency’ , main radu saja lah kan.

Ada juga kawan saya sebenarnya yang komen yang rasa di Mee Sup KB Ah Thong ini rasanya biasa-biasa sahaja berbanding dengan rasa Mee Sup KB di kedai lain terutamanya yang terletak di Kota Belud sendiri..tapi bagi saya tak kisahlah, tepuk dada tanya selera, bagi saya ini sudah cukup memadai bagi saya dan sudah cukup sedap.

Untuk Sarapan Pagi tadi, RM6 untuk Kon Lau Mee dan RM1.80 untuk Kopi O. Total Spent adalah RM7.80.

Anda boleh datang sendiri ke restoren ini untuk menikmati sarapan pagi atau makanan tengah hari anda.

Mee Sup KB Ah Thong

Ground Floor Lot 41-G, Jalan Donggongon Square Penampang, Pekan Donggongon, 89500 Kota Kinabalu, Sabah
Markah (Max 5 Star): 4.3 Star

Masa Operasi:
6.30AM -3.00PM
No.Telefon: 012-823 9063

Leave a Reply

error: Content is protected !!

Pin It on Pinterest

Share This
%d bloggers like this: