Cornelius Henry

Blog Owner of Cornelius Henry Dot Com

Shalom! Nama saya Cornelius Henry, Saya adalah pastor di gereja Grace Assembly of God Borneo, Kota Kinabalu.  Saya mulai melayani secara sepenuh masa sejak 9.11.2003 semasa saya berumur 21 tahun. Saya melayani Tuhan sebagai gembala muda-mudi dari tahun 2003 sehinggalah tahun 2014. Pada tahun 2014, adalah permulaan dimana saya menjadi gembala sidang bagi gereja Grace Assembly of God Borneo sehinggalah pada masa kini.

PELAYANAN MARKETPLACE

Saya juga percaya bahawa selain dari pelayanan di gereja, Tuhan juga ingin membangkitkan para pemimpin di dalam dunia pekerjaan yang akan menjadi garam dan terang tidak kira apapun industri atau bidang yang mereka ceburi.

Mungkin anda pernah mendengar mengenai “The 7 Mountains Mandate”

Dalam Kejadian 2:15,”Tuhan Allah mengambil manusia itu dan menempatkannya di dalam Taman Eden untuk mengerjakan serta memelihara taman itu.”

Saya percaya dalam hal memperlengkapi jemaat bahawa pekerjaan mereka bukanlah panggilan kelas kedua. Ramai orang Kristian yang mungkin melihat pekerjaan mereka sebagai hanya pekerjaan biasa dan untuk merasa seperti seorang Kristian yang sebenar mereka menganggap bahawa mereka harus melayani Tuhan secara sepenuh masa di gereja, harus mengajar di sekolah minggu, menjadi sukarelawan dan turut serta dalam program gereja yang lain.

Ya, Memang tidak ada yang salah dengan menjadi guru sekolah Minggu atau sukarela dalam pelayanan gereja, tetapi adakah kita terlepas pandang akan sesuatu yang istimewa oleh sebab kita tidak melihat pekerjaan kita sebagai Panggilan saya tapi sebaliknya hanya sebagai pekerjaan semata-mata?

Pemisahan antara kehidupan rohani dari kehidupan sekular adalah konsep yang diperkenalkan dalam falsafah Yunani. Ini bertentangan dengan pandangan Ibrani dimana mereka melihat segala sesuatu itu yang diciptakan oleh Tuhan dan ianya adalah baik.

Satu perkataan Ibrani  “Avodah” yang adalah transliterasi perkataan Ibrani untuk ibadah/penyembahan dan kerja. Kata akarnya bermakna bekerja atau melayani.

Kolose 3:23 “Lakukan segala kerja dengan sebulat hatimu untuk Tuhan, bukan untuk manusia,”

Pernahkah anda berfikir mengenai kesamaan ini? Adakah penyembahan saya adalah kerja saya? Adakah kerja saya itu adalah ibadah penyembahan saya kepada Tuhan?

Saya rasa perjalanan untuk saya adalah untuk mendengar Panggilan Tuhan dalam kerja saya, bangkit dengan iman dan melihat hadirat dan kuasa-Nya nyata dalam kehidupan seharian saya. Apabila kita melepaskan pengertian kita sendiri dan bersandar kepada Yesus, sumber-sumber syurga tersedia untuk memenuhi rencana Allah untuk kerja dan kehidupan saya.

Saya percaya bahawa Tuhan mahu kita semua menggunakan kehidupan kerja kita untuk tujuan Kerajaan Tuhan (Avodah). Kita harus menjadi gereja di dunia ini, di tempat kerja kita, sama sepertimana kita ada dalam pertemuan doa. Kita harus bersinar untuknya dalam setiap lapisan masyarakat – sekolah, hospital, kilang, polis, Perkhidmatan Kewangan dan ya  walaupun dalam dunia online ini.

PERNIAGAAN INTERNET

Saya juga adalah penulis pakej ebook Panduan Bina Website WordPress di www.ajarweb.com yang ditulis khas untuk membantu mereka yang baru nak bermula belajar buat website menggunakan platform WordPress. Belajar buat website menggunakan WordPress dengan PANDUAN Praktikal dan Mudah diikuti.

Kepakaran saya adalah membantu usahawan dalam memasarkan produk atau perkhidmatan ke peringkat tempatan malah ke pasaran global dengan menggunakan teknik dan strategi yang TEPAT dan BERKESAN. Saya berpengalaman dalam selok belok buat website menggunakan WordPress sejak tahun 2009 lagi.