Menjana Pendapatan Dengan Menjadi Introducing Broker Forex

Dalam artikel yang lalu saya memperkenalkan mengenai broker Forex FXPRIMUS.

Dalam artikel ini, saya akan cuba menjelaskan bagaimana anda boleh menjana pendapatan sampingan dengan menjadi seorang Introducing broker bersama dengan broker FXPRIMUS.

Selalunya seseorang diperkenalkan dan dibantu membuka akaun trading forex oleh seorang Introducing Broker (IB) dan biasanya IB ini akan menerangkan sedikit sebanyak mengenai potensi untung dan rugi dalam forex trading ini.

Untuk pengetahuan anda, saya baru saja mendaftar menjadi Introducing Broker untuk broker FXPrimus.

Perhatian: Pelaburan Forex tak sama dengan ASB atau Unit Trust yang mana anda boleh dapat pulangan tetap setiap tahun. Forex mampu memberi pulangan yang tinggi. Pada masa yang sama, jika anda tidak berhati-hati, Forex juga boleh membuatkan anda hilang semua modal anda. Pastikan bahawa anda faham betul-betul risiko sebelum anda masuk dalam bidang ini. 

Apakah Introducing Broker?

Dia adalah seorang yang menjadi orang tengah yang membantu orang lain untuk menyertai broker tertentu. Dia adalah seperti seorang affiliate marketer, atau yang melakukan perkhidmatan layanan bagi pihak broker.

Dia bukanlah seorang pekerja yang digaji oleh broker tapi dia akan mendapat komisyen setiap kali ada orang yang mendaftar melalui linknya dan membuka akaun sebenar. Dia akan mendapat komisyen per transaksi.

Seorang IB tidak menerima sebarang deposit dari trader tetapi menjadi facilitator agar trader dapat berurusan dengan pihak broker secara terus menggunakan apa sahaja kemudahan yang ditawarkan oleh broker itu sendiri.

Biasanya IB akan menganjurkan acara-acara berkaitan forex seperti buat seminar belajar forex agar trader akan mendaftar melalui link affiliatenya.

Secara asasnya, seorang Introducing Broker memperkenalkan broker yang diwakilinya dan memastikan trader kekal aktif menggunakan platform broker tersebut.

Sebenarnya, anda juga boleh mendaftar menjadi broker secara percuma. Cuma pastikan anda memiliki dokumen yang dapat membuktikan alamat rumah anda. Contohnya, bil telefon yang jelas menunjukkan nama dan alamat rumah anda.

 

Seorang Introducing Broker juga harus tahu asas Forex agar dia boleh membantu mengajar mereka yang baru nak bermula sebagai trader.

Apa yang nak diajar?

Ajarlah mereka bagaimana nak membuka akaun? apa itu spread? bagaimana nak buy and sell? bagaimana nak mengenal pasti arah suatu matawang tertentu? dan sebagainya. Saya ada berbual dengan seorang kawan yang berminat nak trade dalam forex tetapi langsung tak ada asas.  Nak buy and sell pun tak tahu, apa lagi nak set up pending order, Stop Loss atauTake Profit. Disinilah peranan kita sebagai Introducing Broker sangat-sangat diperlukan.

Selalunya orang yang mempunyai latarbelakang sebagai penasihat kewangan, trader yang berjaya, agen insuran, jurujual berpengalaman, pakar pengiklanan atau mereka yang bekerja di dalam industri perbankan mempunyai kelebihan apabila menjadi introducing broker. Tetapi itu tidak bermaksud kita tak boleh belajar bagaimana menjadi IB yang baik. Semuanya boleh dipelajari sekiranya anda sanggup meluangkan masa untuk belajar.

Apakah peranan seorang Introducing Broker?

Tugas anda adalah mengenalpasti klien yang berpotensi. Biasanya mereka yang mempunyai suatu pendapatan yang dapat mereka laburkan kembali. Seorang IB yang bagus bukan sekadar mahu menarik minat orang lain untuk trade forex tetapi juga memberikan bimbingan kepada pelabur yang berpotensi.

Apakah kelebihan menjadi IB bersama dengan FXPRIMUS?

Mereka mempunyai satu perkhidmatan yang tidak ada pada broker lain iaitu perkhidmatan IB Concierge. 

Ini adalah satu perkhidmatan yang mana FXPrimus akan menyediakan “Personal Relationship Manager” yang terlatih secara professional untuk membantu anda menghubungi klien anda dan membantu anda merekrut mereka ke dalam rangkaian anda.

Anda cuma perlu menyediakan info bakal klien anda kepada PR manager anda yang akan beliau cuba hubungi dan cuba untuk daftar dibawah anda. Antara info yang diperlukan oleh PR Manager anda adalah nama, emel, negara, no handphone, dan bahasa.

Anda juga boleh melihat perkembangan rangkaian anda menerusi perkhidmatan IB Concierge FXPrimus dari semasa ke semasa.

Bagaimana menjadi Introducing Broker?

Anda Sedia? Nanti saya akan ajar anda bagaimana mula bergerak sebagai Introducing Broker dan menjana pendapatanan sampingan setiap kali ada trader yang mendaftar dibawah anda.

Klik sini untuk mendaftar secara percuma. Menjadi Introducing Broker FXPRIMUS.

Selepas mendaftar, anda sebagai Introducing Broker boleh saja melakukan aktiviti pemasaran anda baik secara offline mahupun secara online. Bagi saya sendiri, saya lebih suka melakukan pemasaran secara online dan memberikan support secara online. Tapi jika masa membenarkan, saya senang hati dapat duduk minum kopi dengan mereka yang berminat.

Apa yang saya lakukan untuk mempromosikan broker FXPRIMUS sebagai Introducing Broker atau affiliate adalah dengan menulis ulasan atau review sambil meletakkan banner broker di blog saya dengan harapan agar ada yang akan mendaftar melalui link affiliate saya.

Selepas mendaftar, anda akan diberikan satu link khas yang anda boleh gunakan untuk dipromosikan secara online. Apabila seseorang klik link anda dan dibawa ke laman web FXPRIMUS, sistem mereka akan mengenalpasti bahawa pelawat itu datang daripada link anda. Apabila mereka mendaftar dan membuka akaun LIVE atau akaun Latihan bersama FXPRIMUS, sistem secara automatik akan meletakkan mereka ini didalam rangkaian anda.

Jika mereka membuka akaun LIVE menerusi link anda, ini bermaksud bahawa anda akan menjana komisyen setiap kali mereka melakukan transaksi jual beli.

 

Leave a Reply

error: Content is protected !!

Pin It on Pinterest

Share This
%d bloggers like this: