Percutian Keluarga Di Sinurambi Homestay, Kundasang & Poring Hot Springs, Ranau

Baru-baru ini Saya dan keluarga sebelah wife telah berpeluang untuk meluangkan sedikit masa untuk relax dan fellowship bersama dengan ahli keluarga lain. Hampir kesemuanya dapat hadir walaupun ada juga yang tak dapat hadir oleh kerana tak dapat cuti dari kerja.

Selalunya dalam hal rancang merancang trip outing ni, saya biasanya terlibat secara aktif terutamanya dalam merancang trip yang melibatkan hal pelayanan gereja dan sebagainya namun untuk trip keluarga pada kali ini, saya tak terlibat secara langsung kerana semuanya diuruskan dengan sangat baik dan teliti oleh wife saya dan teamnya (adik beradiknya) dan mendapat kerjasama yang baik oleh semua ahli keluarga yang lain.

Selepas menyelidiki berapa bajet yang diperlukan untuk trip ini, wife saya meminta setiap keluarga yang berminat nak datang untuk mengumpulkan RM300 per keluarga (termasuk anak-anak yang tak bekerja) tapi bagi anak-anak yang sudah mula bekerja, mereka kena membayar RM200 untuk trip 3 hari 2 malam ini.

Dana ini dipunggut secara berperingkat pada setiap bulan bermula hujung tahun lalu sehinggalah pada awal bulan Mac tahun ini agar keluarga tidak terbeban membayar secara lump sum. Maybe lain kali mau minta wife aturkan untuk acara outing gereja dan family sebelah saya.

Saya puji Tuhan Yesus kerana bagi saya ini adalah berkat Tuhan dan pintu terbuka bagi saya secara peribadi.

Dalam blog ini, saya suka berkongsi mengenai bisnes, iman dan juga prinsip-prinsip alkitabiah. Selain itu, jika ada peluang memperkenalkan perniagaan tempatan yang mana saya berpuashati dengan perkhidmatan yang diberikan, saya akan promosikan walaupun pemilik perniagaan tak minta pun.

Ok, baru-baru ini kami sekeluarga (sebelah wife) telah ke Sinurambi Homestay di Kundasang. Jika anda pernah ke Desa Cattle Dairy Farm anda mungkin tak perasan tentang Sinurambi Homestay yang terletak di tepi jalan menuju naik ke ‘new zealand of Sabah’ itu. Ini kerana mungkin ada begitu banyak homestay di sana. Ada beberapa sebenarnya homestay di sana yang agak menarik dan cantik.

Salah satu tarikan di Sinurambi Homestay Kundasang adalah ianya dekat dengan banyak tempat menarik seperti Desa Cattle Dairy Farm, Kinabalu Park, Ranau Poring Hot Spring dan sebagainya.

So kalau nak cari penginapan boleh saja stay di sini.

Jadi apa yang menarik di Sinurambi Homestay?

Setiap pagi jika boleh bangun seawal jam 6pagi, anda boleh menikmati pemandangan dari jarak dekat dan jelas Gunung Kinabalu dari homestay.  Semasa kami di sana, kami tidak berpeluang nak bertemu dengan tuan rumah namun pekerja yang ada begitu friendly dan memberikan layanan yang baik kepada kami. Selain itu, homestay ini membuat kami merasa seperti tinggal dirumah sendiri pula. Anak saya Theo yang berumur 5 tahun, selepas 3 hari 2 malam menginap di sana, tidak mau balik sebab katanya inilah rumah dia. Dia suka tinggal sana.

Kami memulakan perjalan kami dari Kota Kinabalu bermula jam 10am dan tiba di Sinurambi Homestay lebih kurang jam 2.30 petang.

Bagaimana nak ke Sinurambi Homestay?

Saya cuma key in keyword ‘Sinurambi Homestay Kundasang’ di aplikasi Waze. Sebenarnya saya tak perlu nak tengok Waze untuk mengetahui arah jalan namun ianya membantu untuk mengetahui jam berapa kita akan sampai ke lokasi dan untuk membantu menjawab bila wife tanya “jauh lagikah?” so senang lah nak jawab ,” oh..ada 50km lagi. Dijangka akan sampai jam 2.17pm”. So taklah dengar soalan itu berulang kali. =)

Apabila anda sampai ke Kundasang,  anda masuk ke simpang Jalan Kundasang Kauluan (jalan naik ke Desa Cattle Dairy Farm) dan teruskan pemanduan sehingga 2.6km atau 6 minit dari Kundasang, anda akan sampai di Sinurambi Homestay yang terletak di sebelah kiri jalan. Jangan risau sebab akan ada papan tanda yang senang dilihat. Cuma nak ingatkan anda agar berhati-hati semasa memandu kerana jalannya yang agak curam tapi jalannya dalam keadaan yang agak baik. Drive perlahan-lahan sambil menikmati pemandangan. =)

Bagaimana dengan bilik, kemudahan dan perkhidmatan?

Berikut adalah beberapa maklumat yang disediakan oleh pihak Sinurambi Homestay.

  • Bilik

    Mereka ada 9 buah bilik, untuk tingkat bawah ada 7 bilik dan tingkat satu ada 2 bilik

    Bilik Tingkat Bawah

    • Single: RM50 hari biasa (Isnin-Jumaat), RM80 hujung  minggu atau cuti umum.
    • Twin & Queen: RM80 hari biasa  (Isnin-Jumaat), RM100 hujung  minggu atau cuti umum.
    • King: RM120 hari biasa  (Isnin-Jumaat), RM150 hujung  minggu atau cuti umum..

    * yang paling syokk adalah setiap bilik ada tandas masing-masing, so tak payahlah bersusah payah menunggu giliran setiap pagi. ya lah, masa tandas orang ni tak tentu, ada yang lama…ada yang cepat.

    Bilik Tingkat 1

    • King + Queen: RM180 hari biasa (Isnin-Jumaat), RM200 hujung  minggu atau cuti umum.
    • King + Single: RM150 hari biasa (Isnin-Jumaat). RM180 hujung  minggu atau cuti umum.

    * Berkongsi ruang tamu, dapur dan tandas 

    Boleh juga jika nak minta tilam, bantal, tuala dan selimut tambahan dengan bayaran tambahan juga sebanyak RM20 setiap satu.

    RM1200 untuk 1 malam jika menempah seluruh bilik (9 bilik) . Untuk pakej ini, perlengkapan seperti set BBQ, Karaoke, Meja, Kerusi dan Dapur yang lengkap dengan peralatan memasak disediakan.

    Kemudahan dan perkhidmatan

    • Dapur dan Ruang Tamu umum di tingkat 1
    • Hot shower (tapi jika anda pusing ke maksimum, air panas tak rasa. Kena pusing kan ke level setengah baru airpanas boleh dirasai)
    • BBQ equipment
    • Karaoke (tapi ini perlu bawa laptop sendiri. Masa kami di sana, mereka cuma menyediakan sistem bunyi, microphone tapi tak ada laptop untuk karaoke)

Perjalanan dari Penampang ke Kundasang mengambil masa selama 2 Jam 17 minit dan 117 Km.

Sebelum meneruskan perjalanan, sangat penting untuk berdoa untuk perlindungan Tuhan di sepanjang perjalanan. Theo ditugaskan untuk berdoa ( dengan sedikit bantuan dari saya). Saya juga singgah sekejap di kedi tayar untuk memeriksa tayar dan beberapa hal berkaitan dengan kenderaan untuk memastikan perjalanan kenderaan yang lancar sehingga sampai ke Sinurambi Homestay.

Saya memandu dengan kelajuan 70-80km sejam secara purata tapi bila sudah mulai naik bukit menuju Kundasang, kadang-kadang bila ada lori besar kat depan, kena drive selaju 30-40km dan disinilah skil memotong laluan diperlukan. Tapi kena hati-hatilah ya. Amalkan prinsip pemanduan “biar lambat asalkan selamat” .

Apabila kami sampai di Sinurambi Homestay, pihak pengurusan sudah menyediakan katering untuk makan tengah hari kumpulan kami. Wife saya mengatakan bahawa ini memang sudah termasuk dalam pakej yang ditempah untuk outing keluarga ini.

Kami mulai menurunkan barang-barang dari kereta, dan terasa juga cuaca sejuknya walaupun baru jam 3 petang. Dan selain itu sempat juga mengambil video untuk meninjau bilik-bilik dan keadaan homestay.

tapi kalau kamu mau tengok video yang lebih jelas boleh lihat di bawah. (Ini video orang lain credit tu Farid Ilyas)

Selepas makan dan berehat sebentar, kami ke Desa Cattle Dairy Farm namun kami agak terlambat sedikit dan pintu sudah ditutup. Gate ditutup jam 4.30pm. Agak kecewa juga anak saya Theo kerana dia sudah menyebut nak naik ‘cow’ sejak seminggu sebelum trip keluarga itu.

Kami pun sepakat sebagai rombongan untuk ke Desa Cattle Dairy Farm, saya tak risau kerana kenderaan dmax yang digunakan lebih dari kuat untuk membawa muatan yang berat tapi salah seorang dari ahli rombongan kami yang memakai kereta kelisa juga turut ikut naik ke sana. Saya risau Kelisa tak dapat naik tapi seingat saya memang enjin kelisa ini kuat juga. Memang betul, enjin kereta Kelisa kuat! haha Sampai juga di sana..

Theo yang excited sangat nak pergi ke Desa Cattle Dairy Farm tapi sesampai kami di sana, gate pula tutup tapi syukurlah ada cuaca sangat baik dan kami boleh melihat sekumpulan lembu walaupun dari jauh. Kami sempat juga ambil gambar bersama sekeluarga walaupun dari luar pagar.  Theo juga happy dapat sampai di sana.

Selesai sesi bergambar di luar pinta masuk Desa Cattle Dairy Farm, kami pun turun kerana seperti akan hujan dan suhu semakin lama semakin sejuk. Anak pun cuma pakai singlet  tapi seperti biasa dia menunjukkan ketahanan terhadap suhu yang sejuk, suka lagi dia.

Sampai di Sinurambi Homestay, masa santai- santai sehingga jam 6pm. Kami mula menyediakan set BBQ dan masakan lain.

Masa yang sangat baik untuk ‘catch-up’ dengan family members yang lain.

Kalau nak tau lebih, kita boleh kupi-kupi bah =)

Ok Terima kasih kerana membaca blog saya.

Tuhan memberkati!

 

 

 

27 Comments

  1. Qeela 20/10/2018 Reply
  2. adianiez AIDA 20/10/2018 Reply
  3. Suria Amanda 20/10/2018 Reply
  4. Cikti 20/10/2018 Reply
  5. Amni 21/10/2018 Reply
  6. Farid 21/10/2018 Reply
  7. aidasue 21/10/2018 Reply
  8. Zharif Azis 21/10/2018 Reply
  9. Liez 21/10/2018 Reply
  10. AlongMurni 22/10/2018 Reply

Leave a Reply

error: Content is protected !!

Pin It on Pinterest

Share This
%d bloggers like this: