PERJALANAN SAYA MENURUNKAN BERAT BADAN DARI 108KG KE 95KG DALAM MASA 6 BULAN

“RAHSIA” MENURUNKAN BERAT BADAN DARI 108KG KE 95KG DALAM MASA 6 BULAN
Saiz Pinggang Mengecil Dari saiz 40 kepada 36
Penafian: Ini adalah perkongsian dari pengalaman peribadi dan bukannya nasihat professional. Sila dapatkan nasihat doktor anda.
Perjalanan menuju 108kg mengambil masa bertahun-tahun dan tentunya untuk mengurangkan berat badan akan mengambil masa juga. Kan? So inilah ringkasan tips sepanjang perjalanan saya sehingga saya mencapai berat 95kg pada masa kini. Dengan lilitan pinggang dari 40 turun ke 36 inci.
Tips#1: Buat keputusan NAK Kurus.
Dulu orang cakap, nasihatkan, komen, sindir tapi makin juga ‘membesar’, saya tak pedulikan..hanya apabila saya putuskan bahawa ‘enough is enough’ dan mulai secara santai perjalanan utk turunkan berat badan barulah nampak perbezaan. Saya kena buat KEPUTUSAN dan TEKAD.
Tips#2: Walk the Talk.
Mula-mula tu saya tak bagitau sesiapa, saya cuma bawa kawan2 pergi jogging, di tmn Perdana tg aru, stadium penampang. Sya cuma bagitau wife minta support. Dalam hati saya cakap, biar orang yang nampak perbezaannya tapi saya tak akan ‘heboh-heboh’. Let the result do the talking.
Tips#3: Jogging Ala Jepun. 🙂
maksudnya kita jogging ‘anak’, kita buat gerakan macam jogging tapi berkelajuan seperti berjalan kaki. Badan kita berpeluh tapi kita tak akan kehabisan nafas dan tak cepat penat. Sebab dulu bila saya baru bermula, saya terus buat aktiviti jogging.. memang cepat penat..nafas juga memang semput, stamina pun sangat kurang..dan selepas berlari jogging, lama-lama lutut pun pandai sakit. So kita buat larian ala jepun (Jogging Walking Speed).
Tips#4: Rekodkan Berat Badan (Setiap 2-4 Minggu).
Saya download dan install PERCUMA dari Google Playstore “SIMPLE WEIGHT TRACKER” untuk tujuan ini. Pada peringkat awal, setiap 2 minggu saya akan ke farmasi dan bayar 20 sen untuk menimbang berat badan saya. Hujung bulan April, saya beli alat penimbang dari Lazada dengan harga offer..macam Rm20++ ja. So mula-mula tu setiap hari timbang, lama-lama seminggu sekali dan sekarang setiap 2 minggu sekali.
Tips#5: Rekodkan Perubahan Fizikal yang dialami.
Kebanyakan orang sekarang suka selfie, dan saya juga demikian…hehe tapi kebanyakannya untuk simpanan peribadi dan ada yang untuk update instagram/fb. Ini saya gunakan sebagai motivasi peribadi untuk meneruskan perjalanan menuju berat badan ideal saya iaitu 70kg.
Tips#6: Jaga Pemakanan.
Saya ada cuba dalam 2 minggu kurang 5 kg tapi selepas tu berat badan menaik dengan cepat. Rupanya diet kita juga memainkan peranan untuk turunkan berat badan. Saya mulai tak minta “tambah nasi”..kalau dulu, mesti mau minta tambah nasi atau lauk atau kedua-duanya sekali 🙂 Bila kita kurangkan berat, kena isikan dgn nutrient yang diperlukan juga.
Tips#7: Minum Apple Cider Vinegar(Cuka Epal) campur dengan Madu Kelulut( kalau tiada beli saja madu yang dibotolkan).
Gunakan sudu teh nisbah 1(cuka epal):2 (madu) campur dengan air panas dan minum setiap malam sebelum tidur. Saya beli ACV jenama Braggs.
Tips#8: Berdoa (Isytihar).
Dalam segala hal, kita boleh berdoa, untuk turunkan berat badan pun kita boleh doakan:) Semasa berjalan atau bwrjogging, itulah juga saat teduh saya…saya jarang bersama orang lain pada waktu itu. Handphone ditinggalkan di rumah. Kalau bawapun hanyalah untuk tujuan merekod speed dan berapa jauh sudah kita berjalan. Banyak idea khotbah, strategi utk pelayanan dan bisnes saya dapat dalam waktu-waktu ini. Masa ni juga saya ‘bercakap’ dengan Tuhan. Setiap kali selepas saya balik dari aktiviti jogging, saya akan ambil masa buat pengisytiharan doa bagi diri sendiri.
Tips#9: Beli kasut jogging yang berkualiti.
Mahal sikit tak apa, ianya berbaloi. Tapi jangan tunggu kamu ada jasut jogging baru nak mula jogging, saya pernah pakai selipar sandal untuk berjalan. Tapi tak selesa tapi syukur masa pergi US tahun lalu bulan April, saya dapat beli kasut jogging dengan harga offer..ori tapi murah sebab ada tawaran stock clearance masa tu. Dari bulan 4 sehingga bulan October, saya tak pakai langsung kasut tu..tapi bila dah start pakai, rasa sangat berbaloi.
Tips#10: Amalkan ‘Intermittent Fasting’ atau puasa.
Makan macam biasa dari jam 12pm sehingga jam 8pm. Selepas itu, puasa sehingga keesokan harinya jam 12pm. Ini saya baru mula ikut dan agak sesuai untuk saya. Bila badan kita diletakkan dalam keadaan ‘ berpuasa’ , badan kita akan mulai menbakar lemak -lemak yang untuk ditukar jadi tenaga. Saya maintain berat badan saya agar tak naik dengan cara ini.
Tips#11: Tingkatkan Kegiatan Lasak secara beransur. 
Saya mula-mula berjalan sejauh 3km sahaja selama beberapa minggu, kemudian saya tingkatkan 1 km dan seterusnya. Saya pernah dalam satu masa berjalan sejauh 7km dalam masa 1 jam 20minit tapi kemudian saya turunkan kepada 5 km sekarang. Penat juga tu. Masa kita turunkan berat badan, kita akan berhadapan dengan situasi dimana berat badan kita seolah-oleh berada di satu titik penghalang atau “plateu”..di mana walaupun kita buat apa yang kita biasa buat dari segi diet dan kegiatan sukan, tapi berat badan kita tak berganjak turun..malah dia naik lagi. Ada resistance. So saya atasi plateu ini dengan meningkatkan aktiviti yang membuat jantung saya berdegup laju.  Contoh: saya akan berlari semasa menaiki bukit, selain dari berjalan saya juga akan berlari lebih laju dari biasa, berjalan lebih laju dari biasa.
Bagi saya ini adalah satu perjalanan “journey” yang bersifat jangka masa panjang, untuk sihat  dan bukan sekadar nak kurus.:)
Antara faedah yang saya alami adalah:
A. Sya rasa lebih bertenaga dan ceria.
B. Saya lebih dapat mengawal emosi.
C. Orang cakap saya nampak lebih muda dan ‘hensem’. Nah ni wife pun cakap..dalam hati terus ber “Yabba-Dabba Do! “
D. Saya jadi lebih sihat. Tekanan darah menjadi stabil dan normal, kandungan gula pun normal.
Oklah, sampai sini saja perkongsian tips bagaimana saya kurangkan 13kg dalam 6 bulan. Kalau kamu ada tips kuruskan badan boleh share di komen di bawah.
Take it easy saja…

13 Comments

  1. adianiez AIDA 25/10/2018 Reply
  2. Airah 26/10/2018 Reply
  3. emi 26/10/2018 Reply
  4. Rawlins GLAM 26/10/2018 Reply
  5. Syamimi 26/10/2018 Reply
  6. AlongMurni 26/10/2018 Reply
  7. JIA SHIN LEE 26/10/2018 Reply
  8. ayu rafikah 26/10/2018 Reply
  9. Lia Hasty 26/10/2018 Reply
  10. Alia 26/10/2018 Reply
  11. Dunia Farisya 26/10/2018 Reply
  12. Halimah 26/10/2018 Reply
  13. penaberkala 29/10/2018 Reply

Leave a Reply

error: Content is protected !!

Pin It on Pinterest

Share This
%d bloggers like this: