Perkhidmatan Katering Di Kota Kinabalu

Saya ingin berkongsi mengenai satu perniagaan yang saya lakukan bersama dengan seorang jemaat di gereja saya yang pandai memasak dan dengan saudara yang bekerja di Singapore yang membantu menyediakan modal permulaan kepada bisnes ini.

Apakah itu katering? Ini berasal dari perkataan bahasa inggeris iaitu Cater yang bermaksud menyediakan atau menyajikan makanan. Jadi caterer adalah orang yang menyajikan makanan. Katering juga bermaksud perniagaan menyediakan makanan dan minuman kepada orang yang mau makan dan minum.

Kita kena bezakan antara bisnes katering dan kedai restoren biasa. Bezanya adalah di restoren, anda yang pergi ke sana dan makan di sana. Tapi dengan bisnes katering, penyedia makanan yang datang membawa kelengkapan makanan ke tempat anda.

Ideanya adalah kami nak gabungkan kemahiran yang kami ada, kemahiran internet dan pemasaran online serta kemahiran memasak.

Maka bermulalah Grace Catering and Services Kota Kinabalu.

Grace Catering & Services ditubuhkan bagi menjalankan aktiviti katering di sekitar Kota Kinabalu dan bandar-bandar sekitarnya. Pengusaha memilih untuk menceburi perniagaan katering kerana ianya telah dilakukan secara sambilan dan kecil-kecilan.

Diantara aktiviti utama yang dijalankan oleh Grace Catering & Services adalah menyedia dan membekalkan makanan dan minuman kepada majlis perkahwinan, majlis pertunangan,majlis kesyukuran atau mesyuarat-mesyuarat di sekitar kawasan Kota Kinabalu.

Kami juga menyediakan minum pagi, minum petang dan makan minum mengikut permintaan pelanggan. Menghantar tempahan ke destinasi yang diminta dan menyediakan semua kerja-kerja di majlis jamuan.

Grace Catering & Services akan cuba memberikan perkhidmatan yang terbaik kepada pelanggan dengan memberi penekanan kepada ciri-ciri kecekapan, keenakan, kualiti, harga, kebersihan, kelancaran bagi sesuatu majlis atau jamuan yang diadakan tersebut supaya pelanggan berpuashati dan seterusnya akan menjadi pelanggan tetap. Melalui usaha yang berterusan Grace Catering berharap akan mendapat tempat di hati pelanggan kerana perkhidmatan kami tawarkan sentiasa dipastikan pada tahap yang tertinggi.

  • Grace Catering & Services berpengalaman luas menyediakan katering di dalam pelbagai majlis sama ada kecil ataupun yang berskala mega.
  • Tenaga kerja kami yang terlatih serta berpengalaman pasti dapat merealisasikan pelbagai keperluan katering untuk majlis anda.
  • Harga yang sangat berpatutan dengan servis perkhidmatan tidak berbelah bagi.
  • Hubungi kami dan kami bersedia menjanjikan perkhidmatan yang hebat dan berkualiti.

Bagaimana kami bermula?

Mula-mula tu kami melakukan brainstorming. Tujuan asalnya agar kami dapat juga menjana pendapatan yang bukan sahaja akan membantu chef kami, menjana income untuk diri sendiri tetapi kami juga mempunyai kerinduan untuk menyumbang kepada gereja kami secara kewangan.

Kami bertanya soalan kepada satu sama lain, apakah kemahiran dan bakat yang ada yang boleh dilakukan untuk menjana pendapatan? Jemaat saya ini mengatakan bahawa dia pandai memasak dan berpengalaman selama lebih 10 tahun dalam hal memasak pelbagai jenis menu. Saya juga mengatakan bahawa saya pandai buat website dan melakukan pemasaran melalui internet dan media sosial. Kawan yang satu mengatakan saya ada sedikit modal dan mahu melabur dalam bisnes.

Kami juga telah melakukan brainstorming bersama untuk mengenal pasti peluang perniagaan dalam bidang katering ini. Kami menggunakan teknik SWOT analisis. S= Strength (Kekuatan) W= Weakness (Kelemahan) O=Opportunity (Peluang) T= Threat (Ancaman). Saya tidak akan mengulas mengenai analisis SWOT dalam blog post ini kerana ada banyak penerangan atau info percuma yang anda boleh google.

Setelah itu, kami memikirkan menu apa yang sesuai untuk kami bermula. Sebenarnya banyak jenis menu yang chef kami pandai masak tetapi kami bersetuju untuk menawarkan menu yang bersifat komersil dahulu contoh menu masakan cina, melayu dan lain-lain. Selepas itu barulah nanti kami mungkin akan fokus kepada niche menu seperti menu masakan tradisional dan sebagainya.

Apapun, kami baru bermula dan sudah pun diberikan kepercayaan untuk menyajikan makanan kepada lebih  di Kota Kinabalu dan kawasan sekitarnya.

Anda boleh melihat menu kami di https://gracecateringkk.blogspot.my/p/menu.html dan hubungi kami di sini 

Terima kasih.

 

One Response

  1. Md Nazry 31/01/2018 Reply

Leave a Reply

error: Content is protected !!
%d bloggers like this: