Persekutuan Pastor-Pastor Kota Kinabalu (BM)

Persekutuan Pastor-Pastor BM Kota Kinabalu atau Pastor’s Fellowship Kota Kinabalu (BM).

Puji Tuhan kerana telah memanggil saya untuk melayani sebagai pengerusi persekutuan pastor-pastor Kota Kinabalu (BM). Persekutuan ini adalah satu platform dimana para pastor di Kota Kinabalu dapat bertemu sekali dalam sebulan untuk berdoa bersama-sama, mendorong satu sama lain, makan bersama-sama dan membincangkan hal-hal atau isu-isu yang penting yang berkaitan dengan gereja-gereja BM di Kota Kinabalu.

Biasanya apa yang kami akan lakukan dalam persekutuan ini adalah kami akan makan sarapan pagi atau makan tengah hari bersama. Sambil itu, kami akan ada perbualan antara satu sama lain mengenai hal pelayanan dan juga hal-hal peribadi dengan tujuan untuk membina persahabatan antara satu sama lain.

Selepas itu, biasanya kami akan ada masa memuji dan menyembah Tuhan bersama-sama dipimpin secara bergilir oleh pastor-pastor yang datang. Selepas pujian dan penyembahan, para pastor akan saling mendoakan satu sama lain dan berdoa untuk isu-isu berbangkit.

Dalam persekutuan kami minggu lalu, saya telah berkongsi dari Firman Tuhan.

Roma 15:5 ,Semoga Allah yang memberikan kesabaran dan galakan, mengurniaimu perpaduan yang sama terhadap satu sama lain, menurut Kristus Yesus.”

Apa yang kita cuba galakkan dalam Persekutuan ini?

  1. Doa. Kita mau menggalakkan doa antara gereja-gereja BM pada setiap bulan di mana setiap gereja akan bergilir-gilir menjadi tuan rumah. Setakat ini, PFKK(BM) sudah memulakan doa rantai 24/7 pada setiap hari jumaat yang melibatkan pastor-pastor BM di Kota Kinabalu.
  2. Perlengkapan. Kita mau membantu memperlengkapi para pastor BM di Kota Kinabalu dengan mengadakan seminar kepimpinan pastor, konferensi, dan sebagainya dengan bekerjasama dengan erat dengan COSA, PAN dan organisasi kristian lain yang mempunyai visi dan kerinduan yang sama.
  3. Persekutuan. Dalam namapun sudah ada perkataan “PERSEKUTUAN”. Oleh itu, kita mau menggalakan fellowship atau persekutuan yang lebih erat antara para pastor BM di Kota Kinabalu disamping mengeratkan lagi hubungan baik antara gereja-gereja di Kota Kinabalu. Kita merancang untuk menganjurkan acara-acara seperti pertandingan sukan antara gereja-gereja, dan sebagainya.

Jika anda adalah seorang pastor yang melayani satu gerejaBM di Kota Kinabalu dan ingin turut serta dalam persekutuan Pastor BM Kota Kinabalu, sila hubungi saya di link ini 

Terima kasih.

Leave a Reply

error: Content is protected !!
%d bloggers like this: