Review Pakej Video CBMethod

Saya masih ingat perasaan keterujaan saya semasa kali pertama berjaya mendapatkan sales pertama sehinggalah berjaya mendapat cek pembayaran clickbank saya yang pertama. Pada masa itu, saya rasa seperti tak nak menunaikan cek dari clickbank itu, tapi tak tertahan hati kerana nak juga merasa hasil usaha saya selama ini memasarkan produk di clickbank.

Apa itu Clickbank?

Salah satu platform affiliate yang paling terkenal di internet adalah clickbank, satu platform jualan online yang membolehkan kita menjual apa saja produk dari software kepada ebook dan termasuklah produk fizikal. Clickbank juga adalah satu platform online khas untuk mereka yang berminat menjana pendapatan online tanpa perlu mengeluarkan produk sendiri. Ya, hanya makan hasil komisyen sahaja!

Clickbank telah ditubuhkan sejak tahun 1998 lagi dan telah bertumbuh menjadi satu platform pemasaran internet yang paling popular dengan lebih 1,500,000 ahli yang mendaftar sebagai affiliate dan lebih 50,000 transaksi yang dilakukan dalam sehari.

 Pengalaman Saya

Berikut merupakan hasil saya di Clickbank pada awal tahun 2017. Pada waktu itu, saya merasa seperti sudah menemukan lubuk rahsia menjana pendapatan melalui Clickbank. Setelah lama mencuba di clickbank, akhirnya saya berjaya melihat hasil yang agak mengembirakan pada tahun 2017.

Dan setiap bulan memang akan ada 1 atau 2 sales secara konsisten sehinggalah ke tahun ini.

Gambar berikut merupakan kenangan gambar surat pertama dari clickbank yang dihantar ke alamat Peti Surat saya.

Surat dari Clickbank yang pertama

USD92.72 X 4 : RM320.88  

Slip Deposit Cek Clickbank ke akaun bank saya.

Saya masih ingat ketika saya pergi ke kaunter bank, staff bank seperti terkejut melihat cek saya yang saya dan mengatakan “aik! betul pula ni boleh buat duit di clickbank…”. Saya senyum saja dan mengatakan ,”Ya, memang betul boleh buat duit di clickbank.”

Saya bersyukur kepada Tuhan kerana akhirnya berjaya menuai hasil taburan usaha selama ini. Namun saya tak berpuas hati, kerana saya tak dapat pecahkan limit income bulanan clickbank saya. Bolehlah dijadikan pocket money, tapi masih jauh daripada menjadi income sara hidup yang mencukupi.

Oleh itu, baru-baru ini saya telah membuat pembelian produk panduan buat duit dalam USD iaitu CB Method oleh tuan Zyan dan tuan Malik yang boleh dikatakan sebagai “otai” dalam industri ini .

Saya sebenarnya memang dah lama follow tuan Zyan di Facebook kerana pernah membuat pembelian ebook  beliau dahulu. post-post beliau yang bersahaja, bersifat ‘humor’ dan berisi ilmu pemasaran internet sentiasa lalu di newsfeed saya di facebook. Saya tak begitu mengenali tuan Malik di Facebook. Secara jujur, saya tak pernah dengar pun mengenai beliau mungkin kerana beliau melakukan bisnes online  clickbank ini secara underground. Saya baru juga menjadi rakan beliau di Facebook.

Siapakah Azian Bin Usman atau  Zyan ini? dari sumber blognya

Nama: Azian Bin Usman

Pekerjaan: full time sebagai internet marketer sejak tahun 2012, beliau juga adalah seorang blogger, affiliate dan juga peniaga produk fizikal dan digital.

Dalam pertengahan bulan Januari 2018, tuan Zyan banyak mengongsikan gambar results ahli terawal cbmethod yang berjaya memecahkan ‘telur’ dengan mendapat jualan mereka yang pertama di Clickbank sehingga membuat saya rasa ‘terpaksa’ PM beliau di Facebook pada awal pagi 19hb Januari 2018 bertanyakan bilakah mereka akan launch produk CBMethod mereka.

                

Kenapa saya begitu teruja dengan produk ini?

Kerana saya sudah pernah merasakan sendiri hasilnya dan saya berasakan bahawa untuk saya pergi ke next level, saya perlukan boost dari mereka yang lebih berjaya dari saya dalam bisnes clickbank.

Banyak sebenarnya cara nak buat duit melalui clickbank, ada yang melalui youtube. Anda buat video banyak-banyak, optimize keyword dan description dan upload di youtube channel (Ini game plan saya dahulu). Ada yang buat review page dan jana trafik menggunakan teknik SEO atau iklan berbayar atau beli soloads untuk hasil yang lebih cepat.

CB Method memang berkesan dan banyak testimonial oleh mereka yang telah membeli Panduan CB Method ini.

Mereka juga telah melakukan eksperimen  dengan membuat kempen baru menggunakan akaun baru, produk baru, semua serba baru.. dalam masa kurang 2 minggu dah mula menampakkan hasil… wow!

Ini berjaya menarik perhatian saya.

Setelah berfikir masak-masak, saya membuat keputusan melakukan pembelian untuk Pakej Video Clickbank.

Saya teragak-agak nak beli sebab saya rasa mungkin saya sebenarnya sudah tahu teknik CB Method tapi memikirkan bahawa nanti saya akan dimasukkan dalam group support pembeli cbmethod dengan support dan akses kepada kawan-kawan dalam tribe cbmethod maka saya merasakan ianya berbaloi untuk mebuat pembelian ini.

Selepas membuat pembayaran, saya terus mendapat salinan invois pembayaran yang telah dilakukan. tak lama selepas itu, saya mendapat email pengesahan pembayaran dan dijemput masuk ke group support Premium CBMethod.

Anda perlu klik link jemputan menyertai Group Premium tersebut dan anda akan diminta  memasukkan alamat email yang anda gunakan semasa pembelian cbmethod sebelum anda diterima masuk ke dalam group premium tersebut.

Group Support CB Method juga setakat ini sudah ada lebih kurang 400 ahli berbayar yang yakin akan CBMethod dan ada juga sifu-sifu IM lain yang ada dalam group tersebut.

Semua video  cbmethod akan dikongsikan dalam group support ini.

Teknik buat duit clickbank berdasarkan teknik CBMethod ini berkesan untuk tahun 2018 dan walaupun ianya tak perlu menggunakan SEO, Video dan Facebook Ads.

Saya suka CBMethod kerana:

Ada video panduan dalam CBMethod yang mengajar selok belok bagaimana kita boleh mengurangkan masa menunggu pembayaran cek dari clickbank. Dahulu, ianya memerlukan masa 2 minggu untuk cek dari clickbank sampai ke alamat kita dan selepas kita memasukkan cek tersebut ke akaun bank tempatan kita, ianya perlukan 2 sehingga 3 minggu untuk ianya berjaya ditunaikan.

CB Method juga ada ajar teknik pantas menerima bayaran dari clickbank terus dari mesin ATM kita.

Pada pertengahan tahun 2017, ada kawan saya cuba nak buat akaun clickbank tapi tak  dapat kerana menurut beliau, pihak clickbank telah menutup pendaftaran ahli baru bagi negara Malaysia. Saya pun tak pasti apa sebabnya tapi saya cuma dapat menasihatkan kawan saya untuk mencuba membuka akaun di platform lain seperti di Jvzoo.com untuk melakukan pemasaran affiliate. Tapi dalam CBMethod ada diajar bagaimana kita boleh membuka akaun clickbank dan Rupanya kita boleh ada lebih dari 1 akaun clickbank.

Kenapa CBMethod berbaloi?

  • Plugin & Skrip khas – terdapat ratusan plugin yang ada di wordpress dan cbmethod akan memberikan plugin dan skrip khas ini secara PERCUMA. Ini adalah eleman yang sangat penting dalam CBMethod yang akan membantu menghasilkan jualan!
  • Kaedah yang dikongsikan dalam CBMethod ini terbukti berkesan! – Lihat feedback student CBmethod diatas.
  • Group Support Facebook yang MANTAP! – Selain video anda juga akan diberi akses masuk ke GROUP SUPPORT, segala masalah dan soalan akan dijawab dalam group.
  • Free Update – Ya! Video-video akan dikemaskini bersesuaian dengan perkembangan semasa. Malah ada juga video-video tambahan untuk menjawab soalan pengguna CBmethod!
  • Video 100% Bahasa Melayu – Ya, mudah untuk anda faham & ikut setiap langkah yang ditunjukkan. Tak perlu rujuk lambakan info di youtube atau google yang tak berapa jelas
  • Cara Sebenar Buat Research Produk Clickbank  juga ditunjukkan! 

Kekurangan CBMethod?

  • Ada plugin penting yang digunakan sebagai salah satu tool utama dalam cbmethod yang agak mahal harganya. (tapi ada alternatif lain juga yang percuma)
  • Masih ada kos tambahan seperti penulisan konten. (Pendapat saya: Ini sebenarnya mempercepat proses menjana keuntungan di clickbank. Bagi saya, tak perlu kita kedekut dalam hal mengeluarkan kos ini tapi fikirkan R.O.I nya (Return on Investment)) Ianya berbaloi sebab hasilnya nanti akan berganda-ganda.

Kesimpulan

Walapun cara-cara seperti berikut adalah teknik yang biasa dilakukan oleh pemain-pemain Clickbank tapi CB Method tidak menggunakan FB Ads, tidak menekankan email list subscriber, tiada SEO atau backlink, tak perlu nak tulis artikel banyak-banyak dan submit ke article directory, tak perlu pakai forum atau laman web pengiklanan, tak bergantung 100% kepada video youtube (tapi cara ini ada juga disentuh oleh Tuan Malik dalam video beliau-ini memang teknik proven juga ni).

Selepas membeli Pakej Video CBMethod, saya terus aplikasikan apa yang diajar dan baru ada 1 website yang menggunakan CBMethod. Saya akan share hasilnya nanti! Tunggu ya…

Pakej Video CBMethod bukanlah satu panduan biasa yang kita dapat baca atau tonton dengan pantas. Kita perlu mengambil masa selama 2 atau 3 hari untuk betul-betul memahami prosesnya dan memerlukan lebih kurang 1 minggu untuk menghasilkan 1 website untuk mempromosikan produk clickbank.

Gameplan saya selepas belajar ilmu dari Pakej Video CBMethod ini adalah untuk mempelajari prosesnya dan selepas itu saya akan cuba outsource hal-hal teknikal kepada virtual assistance (VA) hal-hal seperti menulis artikel, kajian keyword, dan saya cuma akan fokus kepada bagaimana menjana trafik ke website saya nanti.

Jika anda berminat nak mendapatkan Pakej Video CBMethod ini, anda boleh membaca lebih lanjut melalui link ini.

PAKEJ VIDEO CBMETHOD 

 

 

Rating Keseluruhan?
  • Harga
  • Servis & Support
  • Kualiti Produk
  • Informasi
4.8
Sending
User Review
0 (0 votes)

No Responses

Leave a Reply

error: Content is protected !!

Pin It on Pinterest

Share This
%d bloggers like this: