Review Panduan Raja Dropship Shopee

Adakah Berbaloi Mendapatkan Panduan Raja Dropship Shopee?

Panduan Raja Dropship Shopee
“Kupi-Kupi Dengan Owner Raja Dropship Shopee”

Baru-baru ini saya telah duduk bersama dengan tuan Alfa Fred iaitu penulis Pakej Panduan Raja Dropship Shopee dan berpeluang untuk review produk Shopee beliau.

So dalam video ini saya berikan pendapat peribadi dan review saya selepas saya menonton Pakej Panduan beliau.

Bagi saya,ini adalah satu pakej panduan video yang komprehensif dan serba lengkap bagi anda yang nak buat bisnes di Shopee dengan method dropship. Ini bermaksud anda tak perlu menyimpan stock barangan.

Dalam pakej panduan video ini, tuan Alfa menerangkan dari ASAS sehinggalah ADVANCED.

Apa Yang Saya Suka Dengan Panduan Raja Dropship Shopee Ini?

Yang saya suka dengan panduan ini, adalah cara penyampaian ilmu beliau yang santai dan mudah difahami.

Saya suka part dimana tuan Alfa menghuraikan dan menerangkan mengenai method beliau mencari niche dan melakukan kajian pasaran dan carian produk.

Dari video beliau, kita boleh sebenarnya menangkap lebih dari apa yang beliau katakan.

Apakah maksud saya? Kita sebenarnya boleh menangkap ‘mindset‘ beliau semasa melakukan market research. Dengan mindset, kita tidak akan ‘stuck’ setiap kali kita berhadapan dengan tugasan melakukan market research.

Bagi saya NICHE Itu adalah sesuatu yang sangat penting. Dalam Video Panduan Raja Dropship Hero, tuan Alfa menyebutkan mengenai Global Niche, Specific Niche, Super Specific Niche, dan Micro Niche.

Sebenarnya untuk mencari niche yang menguntungkan, ada 5 Perkara penting yang kita boleh amati.

Mencari profitable niche atau niche yang menguntungkan di Shopee bukanlah sesuatu yang mudah. Namun, ia boleh menjadi senang jika kita tahu apa yang kita lakukan. Pernahkan anda berfikir bahawa kononnya niche tersebut mempunyai pasaran yang luas. Namun, selepas beberapa ketika jualan untuk produk tersebut tiada atau sedikit.

Untuk mencari niche yang menguntungkan anda perlu mempunyai pengetahuan yang luas. Anda perlu banyak membaca supaya anda tidak tersilap langkah. Dengan pengetahuan yang luas, anda boleh mengesan sama ada niche tersebut mempunyai pasaran atau tidak. Ya, semua niche mempunyai pasaran masing –masing. Namun, tidak semua pasaran menguntungkan.

Berikut adalah lima perkara yang boleh anda jadikan panduan untuk mencari niche yang menguntungkan..

1.Elakkan memilih niche yang anda rasa anda suka tetapi ia sudah ternyata tidak menguntungkan.

Kadangkala, newbie affiliate teruja untuk menjual sesuatu yang mereka suka. Namun, jika niche tersebut tidak mempunyai pasaran yang menguntungkan, masa dan tenaga anda mungkin terbazir begitu sahaja. Anda perlu peka dan berfikiran logik. Jika pasaran tersebut tidak mempunyai potensi, tidak perlulah anda bersungguh – sungguh mempromosika sesuatu yang tidak mempunyai potensi pasaran yang luas.

2. Jangan terperangkap dengan pemikiran anda yang tidak suka akan sesuatu.

Jika anda tidak suka akan niche tersebut, tidak bermakna ia tidak mempunyai pasaran yang menguntungkan. Menariknya dalam salah satu video Panduan Raja Dropship Shopee, beliau tidak menggalakan kita untuk memilih niche minat kita.

Anda perlu bersikap rasional di dalam penentuan niche bagi pemasaran affiliate anda. Sesuatu yang mahal tidak semestinya mempunyai pasaran yang kecil. Jangan di sebabkan pemikiran sebegini anda terlepas dari terjumpa niche yang menguntungkan.

3.Sentiasa lakukan kajian keyword.

Sentiasa melihat trend semasa di twitter, facebook, google, yahoo , youtube serta berbagai laman sosial dan enjin carian yang ada. Anda juga boleh sentiasa lakukan kajian keyword sendiri. Cari keyword apakah yang mempunyai bilangan carian yang terbanyak. Dari sini, anda mungkin boleh menemui sebutir emas di sebalik bertan – tan pasir yang ada.

Dalam Video Panduan Dropship Shopee ini, tuan Alfa juga menunjukkan secara langkah demi langkah bagaimana beliau menggunakan carian keyword untuk menemukan niche yang menguntungkan melalui platform Shopee itu sendiri.

4.Pilih produk berdasarkan kajian keyword anda.

Selepas mengetahui apa yang menjadi perbualan semasa atau niche yang menguntungkan, anda perlu pilih produk berkaitan dan lakukan product listing dengan segera.

5. Sentiasa pelbagaikan niche yang ada.

Cuba tanya pada diri anda apa yang tidak kena dengan sesuatu niche itu. Apakah perkara yang boleh anda lakukan untuk meningkatkan lagi potensi pasaran bagi niche tersebut. Cuba gabungkan berbagai niche dalam satu niche suntuk membentuk satu niche baru yang mempunyai potensi pasaran yang lebih luas. Pendek kata, jangan hanya selesa dengan satu niche sahaja. Pelbagaikan niche yang ada.

Contohnya dalam niche Home & Living (Global Niche), anda boleh memilih 2 atau 3 Specific Niche seperti Housekeeping & Laundry, Home Storage & Organisation dan Home Improvement.

Dari sini, kita boleh pecahkan kepada 3 lagi niche super specific dan seterusnya mencari pilihan produk yang bersesuaian.

Panduan ini juga ada ajar bagaimana:

  • Nak setting set up kedai Shopee. Ini asas tetapi jika kita skip, store kita sebenarnya akan terlepas banyak pelanggan berpotensi yang melawat store anda.
  • Market & Product Research. Saya ada join panduan oleh sifu Shopify antaraBangsa dan cara yg sama diajarkan oleh Tuan Alfa untuk product dan market..

Ilmu ni saja MAHAL harganya..

  • Teknik Listing. Ini yg jika anda dapat tangkap memang akan membuat pelanggan tertarik nak membeli dari store anda.
  • Selain itu.. dia juga sediakan senarai 60 supplier dropship untuk pelbagai produk untuk anda jual di kedai anda.

Tapi…. Ada video yang bagi saya agak terlalu panjang dan kadang saya rasa nak SKIP Sebab tak tahan nak tengok begitu lama.

TIPS: Anda kena menulis nota agar anda mengurangkan kebarangkalian anda terpaksa duduk dan menonton part video tersebut.

Ada video yg panjang sehingga 50 minit…tapi ianya penuh dengan perkongsian konten yang berbaloi.

Walaupun saya rasa tidak tahan duduk lama tapi saya boleh nampak KESUNGGUHAN tuan Alfa untuk berikan yang terbaik bagi pembeli Pakej Panduan ini…

…Ya! Ia adalah satu pelaburan masa yg berbaloi.

Saya secara peribadi rekomen dan mendorong anda untuk mendapatkan Pakej Panduan Video Raja Dropship Shopee ini

Sekarang Jualan Panduan Raja Dropship Shopee ini belum dibuka kepada umum tetapi nanti saya akan maklumkan jika sudah dibuka jualannya ya.

Raja Dropship Shopee

Saya juga akan memberikan bonus khas panduan 8 EBOOK Bertulis yang akan menjadi ‘buku tambahan‘ anda bersama dengan pakej panduan dropship shopee tuan Alfa Fred.

Panduan Shopee Dari Zero
Panduan Shopee Dari Zero

Minat tak baca case study mengenai bagaimana menjana 4 angka hanya dengan dropship? Ada niche produk X di dedahkan kat dalam ebook tersebut. Klik Sini untuk DOWNLOAD

Leave a Reply

error: Content is protected !!

Pin It on Pinterest

Share This
%d bloggers like this: