REVIEW RAHSIA TEKNIK SHOPEE

Dalam blog post saya kali ini, saya nak share mengenai Rahsia Teknik Shopee.

Anda tentu dah pernah masuk ke dalam Shopee bukan?

Apa? Belum pernah?   Ok tak mengapa kalau belum pernah.

Oleh kerana dalam Rahsia Teknik Shopee ini mengajar bagaimana nak mulai buat duit melalui Shopee.  Anda kenalah tahu sedikit sebanyak mengenai flow pembelian di shopee.

Tak susah ke? Actually, senang saja proses jual belinya.

Sebelum nak belajar bagaimana kita menjual di Shopee, kenalah tahu bagaimana membeli, ya kan?  So, kalau anda belum download, sila download sekarang.

Daftar dulu, kemudian cuba beli barang yang anda sukai dahulu.

Takut? Invest sikit lah…RM10 pun dah boleh beli barang tau di Shopee…nanti dalam masa 1 minggu, barang akan sampai di alamat anda.

Ini steps penting kerana dalam Rahsia Teknik Shopee, anda akan belajar bagaimana nak menjual barang dengan cara yang sangat mudah. Sebelum menjual, belajar dahulu membeli.

Sebenarnya di facebook wall saya, dah berkali-kali dah offer panduan shopee yang saya nampak lalu lalang di personal newsfeed fb saya tapi saya tak ambil peduli.

Ya lah, kalau terlalu banyak panduan kan, nanti tak fokus dan tak buat  sama juga hasilnya nanti.

Tapi apabila salah seorang Usahawan Internet yang memang saya dah follow rapat-rapat sejak CBMethod iaitu sifu Azian Usman berkongsi mengenai Shopee, saya mulai tergerak hati untuk menerima ‘shopee’ sebagai salah satu cabang dalam online income saya.

Cheewah, ayat tu bah! haha. Relaks.

Dalam bidang bisnes internet ini, kita kenalah memantapkan dan mencari apakah yang menjadi “High Income Skill” kita.

So, saya berfikir mungkin bagus juga untuk belajar bagaimana menjual di Shopee supaya dapat memberikan informasi terkini kepada klien saya mengenai cara buat duit di Shopee.

Untuk pengetahuan anda, saya adalah salah seorang dari 100 orang pertama yang berjaya mendapatkan Harga Early Bird sebanyak RM70.00  sebab pihak Rahsia Teknik Shopee nak dapatkan feedback dan review dahulu.

So, Inilah review dan pendapat atau perkongsian ikhlas dari saya untuk membantu membuka mata orang Malaysia mengenai potensi menjana pendapatan sampingan melalui e-commerce menggunakan aplikasi Shopee.

APAKAH KELEBIHAN SHOPEE? 

 

Jika kita melihat gambar di atas, Shopee kini mempunyai pelawat yang sangat ramai.  Ianya berada di tangga ke 12 dalam senarai website yang paling banyak dilawati di Malaysia. Jutaan trafik pelanggan yang mempunyai keinginan untuk membeli melawat website dan Apps Shopee setiap bulan.

Shopee juga ‘user friendly’.  Nak daftar pun senang, menjual pun senang dan tidak mempunyai sebarang peraturan yang terlalu ketat, dan boleh mendaftar akaun secara percuma.

Di Shopee juga, ada offer Rebat Pos Laju ( Shopee ada Joint Venture bersama dengan Pos Malaysia). Maksudnya, jika kita menjual barang di Shopee dan barang  yang kita nak kirimkan kepada pelanggan kita itu kurang dari 5kg, maka Shopee akan menanggung kos penghantaran tersebut, So, sebagai penjual kita dah boleh untung kat sini.

Selain itu, sistem shopee ni ada sedikit macam media sosial juga. Anda boleh follow, boleh pm atau chat dengan seller dan boleh runding harga..boleh follow up dengan pelanggan.

Jika anda suka jual barang dekat Instagram, Shopee ada satu fungsi yang mana membolehkan kita connect akaun instagram kita dengan Shopee. So anda tak payah nak upload lagi barang jualan anda ke Shopee.

Fuhh…Power!

Boleh dikatakan kalau di Shopee ni, orang yang datang memang datang dengan mood nak membeli barang.

Kalau kita lihat gambar di atas kita mendapati bahawa Shopee tidak menunjukkan sebarang penurunan dari segi trafik. Saya yakin pengguna Shopee akan semakin meningkat dan akan terus meningkat malah mungkin akan mengalahkan Lazada.

Inilah peluang kita untuk mula berniaga di Shopee.

APAKAH ITU RAHSIA TEKNIK SHOPEE?

Rahsia Teknik Shopee ini adalah satu lagi panduan super simple tapi power dari Tuan Azian Usman atau Zyan untuk anda yang nak tahu secara langkah demi langkah bagaimana memulakan bisnes e-commerce di Shopee.

Saya menulis ni pun sebab saya sendiri dah cuba teknik yang diajarkan dan memang berkesan. Untuk masa 2 hari saja, tuan Azian akan membuka tawaran sempena Hari Raya dengan harga yang berpatutan kepada anda yang nak belajar.

Untuk pengetahuan anda,sebagai affiliate marketer, saya akan mendapat komisyen jika anda membeli melalui link saya.

Saya rekemenkan produk ini bukan sekadar sebab saya akan dapat komisyen, tapi sebab saya sendiri telah berjaya menghasilkan jualan pertama saya dalam Shopee dalam masa 2 hari selepas melakukan seperti yang di ajarkan oleh panduan Rahsia Teknik Shopee ini.

Saya akan tunjukkan dalam post ini. Teruskan membaca.

Sikit-sikit lama-lama jadi bukit.

Anda dah banyak mencuba peluang yang ada tapi belum ada yang betul-betul menjadi? Mungkinkah dalam e-commerce, anda akan menemukan rezeki anda dan momentum anda. Ya kan?

(Sila Klik Gambar Di Atas Untuk Ke Laman Web Rasmi Rahsia Teknik Shopee)

[WARNING]: ANDA AKAN BAYAR LEBIH SELEPAS RAYA JIKA ANDA TERLEPAS TAWARAN ISTIMEWA SEMPENA HARI RAYA INI!
.
“Eh, kenapa pulak?? Sebab sekarang ni Tuan Zyan sedang buat offer Hari Raya dengan harga istimewa,”

APAKAH YANG DIAJAR DALAM PANDUAN INI?

Pakej ini terdiri dari video, ayat follow up dan juga support khas dari team Rahsia Teknik Shopee.
Mereka juga menyatakan bahawa video-video yang dikongsikan dalam group VIP mereka akan ditambah dari masa ke semasa jika ada sebarang perubahan pada shopee atau ada permintaan dari anda yang menjadi Ahli.

Antara kandungan dalam course ni:

++ Bagaimana cara spy produk yang laku dijual di Shopee. (Ini memang top, saya tak pernah nampak kat mana-mana panduan)

++ Bagaimana cara listing produk yang betul dan menarik pelanggan.

++ Cara-cara menarik pelanggan yang berkemungkinan tinggi membeli produk yang anda jual menggunakan platform shopee ads sendiri.

++ 2 Strategi Jualan POWER juga dikongsikan

++  Cara ‘Approve Payment’ dan Penghantaran Produk kepada pelanggan anda.

++ Juga disertakan beberapa bonus video seperti Cara Beli Borong Di Shopee Tanpa Keluar Kos Shipping.

 

Contoh Pendapatan Rahsia Teknik Shopee

Berikut adalah salah satu contoh pendapatan oleh team RahsiaShopee

PENAFIAN  Seperti yang diwajibkan oleh undang-undang, kami tidak boleh dan tidak dapat memberikan sebarang jaminan pendapatan kepada anda kerana ianya sangat bergantung kepada kemampuan anda sendiri untuk mendapatkan hasil yang diingini jika anda melakukan berdasarkan apa yang kami cadangkan, informasi, program atau strategi. Kami tidak mengenal anda, dan lagipun, hasil usaha anda bergantung kepada diri sendiri. Setuju?

Berikut adalah review ikhlas saya mengenai panduan ini.

Saya telah merebut peluang mendapatkan harga ‘Early Bird’ dengan harga RM70 sahaja pada 6.6.2018.

Saya tak terus mendapat link download kerana tuan Azian kena mengesahkan pembayaran secara manual. Saya cuma mendapat emel jemputan ke Group VIP Khas Rahsia Teknik Shopee pada 7.6.2018.

Saya sebenarnya lebih suka untuk terus mendapat link download selepas melakukan pembelian. Tapi tak apa, kerana benda yang bagus memang berbaloi untuk ditunggui.

Selepas mendapat emel pengesahan saya diminta untuk klik link jemputan masuk ke Group VIP Khas dan kena menjawab beberapa soalan sebelum saya diterima masuk ke dalam group VIP Tersebut. Soalannya adalah, apakah nombor invois dan emel semasa melakukan pembelian.

Saya kena periksa balik dalam emel mencari nombor invois dan memasukkan di ruangan soalan semasa request akses ke group VIP. Dalam 1 minit dah berjaya request. Saya cuma mendapat akses kepada group pada petang 7hb. Agak lambat saya rasa kerana saya sudah excited nak belajar Shopee.

Setakat ini, 13.6.2018, sudah ada lebih dari 200 orang yang mendapatkan panduan ini. So memang panduan ini mendapat sambutan yang sangat baik dari mereka yang berminat nak menjana pendapatan melalui Shopee.

Selepas mendapat link akses, tanpa membuang masa, saya meluangkan masa dari 7hb-9hb untuk menonton dan memahami isi kandungan video yang diberikan.

Video yang dirakamkan sebenarnya sangat mudah difahami, ianya tak begitu panjang. Kalau panjang berjela-jela, memang saya susah nak fokus.

Saya suka stail penyampaian tuan Azian yang straight to the point tapi ringkas dan saya boleh terus lakukan.

Selepas menonton video untuk kali ke dua, saya terus mempraktekkan apa yang di ajar dan berjaya setting akaun seller Shopee saya pada 9.6.2018.

Sebenarnya sebelum membuat pembelian Rahsia Teknik Shopee, saya dah buka akaun Shopee lebih awal pada 4.6.2018.

Dalam Panduan ini, mereka mengajar bagaimana mencari supplier dari dalam Shopee itu sendiri dan tanpa kos shipping.

Mereka rekemen agar kita mempunyai stok dalam tangan dan kita sendiri yang mengepos barang kepada pelanggan. Tapi saya berfikir, kalau saya membeli stok yang banyak tapi belum pasti samada ianya akan laku terjual atau tidak rugi juga saya nanti.

Tapi syukurlah, dalam panduan video ini, tuan Azian ada mengajar bagaimana membuat carian produk untuk membongkar produk apa yang memang di cari orang di Shopee. Dia sebenarnya ‘reverse engineer’ sistem yang ada dalam Shopee itu sediri untuk membongkarkan produk hot di Shopee.

Bagi saya, bahagian inilah yang antara lain menjadikan pembelian pakej panduan ini sesuatu yang berbaloi.

Setelah saya mendapat idea produk apa yang saya nak jual, saya buat listing untuk 6 produk sahaja.

Tapi secara jujurnya, saya tak ikut 100% apa yang diajarkan dalam hal pemilihan supplier. Ya memang dalam panduan ini ditunjukkan cara beli borong di Shopee tanpa keluar kos Shipping.

Nanti dah ada produk yang validated dan terbukti baru saya akan keluarkan duit untuk membeli stok produk menggunakan supplier yang ada di Shopee nanti.

Yang berikut tak diajar dalam Panduan Rahsia Teknik Shopee, saya tak bertanggungjawab atas segala kerugian atau keuntungan yang anda hadapai =). Buat atas risiko sendiri.

Saya akan bongkarkan Rahsia Lubuk Dropship…

Saya buka akaun PERCUMA di Kumoten.com

Walaubagaimanapun, semuanya bergantung kepada strategi bisnes anda. Sekiranya anda pemain baru seperti saya yang mempunyai modal yang terhad, boleh bermula dengan dropship dahulu tak perlu mengeluarkan modal besar untuk membeli stok .

Saya telah membeli top up credit Kumoten sebanyak RM100.00. Credit ini akan digunakan untuk membeli produk dropship dari website ini dan mereka yang akan mengaturkan urusan penghantaran produk kepada pelanggan.

Apa yang menariknya mengenai laman web kumoten ini,  saya mendapat cadangan mengenai ” Hot Selling Products” di website ini.

 

Tapi saya tetap yakin dengan carian idea produk yang didapati melalui method Rahsia Teknik Shopee.

Saya berjaya menemukan 6 produk yang sama atau lebih kurang sama dengan hasil carian saya menggunakan method RTS.

Di Kumoten.com, saya memilih produk yang saya inginkan dan tambahkan ke dalam senarai produk di ruangan ‘My Store’ kumoten.com agar senang nak cari produk tersebut sekiranya ada sebarang jualan.

 

(6 Produk di Kedai Shopee Saya)

Saya memuat naik gambar dan informasi produk tersebut ke Shopee untuk langkah seterusnya iaitu pemasaran cara Rahsia Teknik Shopee.

Di satu video yang diajarkan dalam Panduan ini, ada mengajar bagaimana menggunakan iklan di dalam Shopee. Oleh itu, untuk mula mengiklan, kita perlu membeli Shopee Ads Credit terlebih dahulu.

Shopee Ads Credit ini akan kita gunakan untuk membeli ranking untuk produk jualan kita nanti.

Saya membeli top up Shopee Ads Credit untuk promosikan 6 Produk. Saya setting iklan mengikut Panduan RTS pada 10.6.2018 dan credit saya itu habis pada 12.6.2018.

Dengan Credit sebanyak RM20, saya berjaya mendapat 1 sales.

Saya telah mendapat 19 klik dan menghasilan jualan sebanyak RM59.80.

Kos beli produk dari kumoten adalah RM39.90.

Saya membelanjakan RM5.39 untuk mendapat 1 jualan melalui 19 klik yang berjaya dihasilkan oleh iklan untuk produk ini.

Kesilapan saya adalah, saya membahagikan bajet RM20 itu kepada 6 jenis produk. Selepas tolak jualan dan kos, saya sebenarnya masih belum mencapai ROI saya. Tapi itu susah nak kira sebab masih terlalu awal.

Yang penting di sini adalah, saya telah berjaya menemukan satu produk hot, dan iklan yang berkesan. Saya tinggal perlu tambahkan bajet untuk produk yang terbukti mempunyai permintaan itu.

 

 

dapatkan di sini: >> http://www.corneliushenry.com/rahsiateknikshopee

 

BONUS PEMBELIAN

  1. Ebook Top 10 Best Seller Produk di Shopee.com

Jika anda mendapatkan panduan ini melalui link affiliate saya, saya akan berkongsi TOP 10 Best Seller di Shopee yang anda boleh gunakan untuk listing 10 produk pertama anda.

2. Ebook Cara Buat Website. Sila klik di sini untuk melihat surat jualan saya.

Untuk mendapatkan bonus ini, anda kena clearkan cookies di komputer anda dan seterusnya anda klik di sini untuk mendapatkan panduan Rahsia Teknik Shopee ini.

Sila emel saya di corneliushenry@gmail.com selepas anda melakukan pembelian melalui link saya.

Saya tak nak anda terlepas peluang ini. Untuk pengtahuan anda, baru-baru ini Tuan Azian ada buat survey dalam group VIP Support RahsiaShopee.com.

Saya sengaja sebenarnya jawab TAK NAK kerana berpendapat bahawa jika ada satu membership site, harga panduan ini akan dinaikkan kepada harga yang lebih mahal tapi masih berbaloi.

Mungkin anda akan rasa menyesal tak beli lebih awal apabila harganya dinaikkan kelak.

Lihat sajalah jawapan survei tersebut, yang menjawab YA MAHU! ada 111 respon dan cuma 7 orang yang mengatakan TAK NAK.

So harap anda mengambil peluang ini, sempena hari raya ini harga pelancarannya masih harga dua angka.

Hampir 500 orang sudah memiliki panduan ini.. anda bila lagi 

‍‍P/S: Jika anda rasa post ini bermanfaat, boleh share kepada rakan – rakan lain supaya mereka dapat belajar daripada rahsia shopee ini 

Leave a Reply

error: Content is protected !!
%d bloggers like this: