Siri Cara Buat Website #2 – Cara Mendaftar Nama Domain

Cara Mendaftar Nama Domain

Oleh kerana kita akan membina website menggunakan versi WordPress Self-Hosted kita kena mendapatkan nama domain (corneliushenry.com = nama domain).  Jika anda tidak pernah melalui proses pembelian nama domain sebelum ini, jangan susah hati kerana saya akan tunjukkan caranya dalam post ini.

Untuk memiliki website anda sendiri, pertama sekali anda kena ada nama domain.  Nama domain ini adalah apa yang anda taipkan di tetingkap pelayar atau browser anda untuk pergi ke suatu website seperti http://www.corneliushenry.com.  

Terdapat banyak laman web di mana anda boleh mendaftar nama domain anda.

Saya mengesyorkan anda membeli nama domain dari GoDaddy.com untuk nama domain SAHAJA. Jangan beli HOSTING dari GoDaddy semasa anda mendaftar nama domain anda.  Lebih baik membeli domain name dan hosting dari tempat yang berbeza.

Ok sekarang anda boleh membuat carian nama domain yang difikirkan sesuai.

Bagaimana Memilih Nama Domain?

Sebenarnya ianya bergantung kepada apakah fungsi dan objektif bisnes anda. Anda boleh menggunakan nama syarikat anda atau suatu keyword atau soalan yang biasanya ditanya orang berkaitan dengan website anda.

Hal yang paling penting yang anda kena ingat adalah bahawa nama domain anda adalah salah satu hal yang pertama yang dilihat oleh orang dan salah satu soalan terawal yang mereka akan tanyakan kepada anda.

Tips memilih nama domain

  1. Pilih Nama yang pendek . Semakin panjang URL anda, semakin susah nak ingat, dan kemungkinan besar juga orang akan tersilap eja.
  2. Beli nama peribadi anda sebagai nama domain. Saya juga mencadangkan agar anda membeli nama peribadi anda sebagai satu nama domain juga. Sebagai contoh saya telah membeli nama saya sebagai branding peribadi di http://www.corneliushenry.com
  3. Pilih nama yang senang diingat. Pakai nama yang akan melekat di pemikiran orang agar mereka dapat mengingatnya. Sebagai contoh, www.amazon.com, www.yahoo.com,
  4. Pilih sesuai dengan jenama yang anda ingin ketengahkan. Sekiranya anda sudah memiliki nama jenama atau branding, pilihlah nama domain yang bersesuaian. Dan kebiasaanya orang akan mencuba menaip nama syarikat anda dengan .com dihujungnya, jadi lebih baik anda gunakan jenama anda sebagai nama domain anda. Berhati-hati agar anda tidak menggunakan nama jenama orang lain tanpa kebenaran bertulis daripada mereka. Sebagai contoh, WordPress adalah satu jenama, jadi anda tidak boleh menggunakan nama itu di nama domain anda. Tapi anda boleh menggunakan “WP” sebagai sebahagian daripada nama domain anda.
  5. Gunakan Keyword. Ini akan membantu meningkatkan peluang anda disenaraikan di enjin carian dan meningkatkan potensi laman web anda ditemui oleh bakal pelanggan anda semasa mereka melakukan carian di google.com.  Sebagai contoh AjarWeb.com mengandungi keyword “Ajar Web” yang bakal membantu menarik trafik secara organik ke website saya. Cuba cari apakah keyword yang orang cari untuk mencari perniagaan anda? Bolehkah anda memasukkan 1 atau 2 keywords ke dalam nama domain anda tanpa ianya kedengaran ganjil atau kaku?
  6. Pilih nama yang relevan dan mengambarkan jenis perniagaan/organisasi anda. Ianya sangat membantu sekiranya nama domain anda dapat menjelaskan mengenai perniagaan atau organisasi anda.
  7. Pilih nama domain yang mudah di eja apabila disebut orang. Cuba anda sebut nama domain anda, adakah senang untuk dieja? Jika seseorang memberitahu kawan mereka mengenai website anda melalui telefon, dapatkah mereka mengejanya dengan tepat? Kalau anda membuat pengiklanan melalui radio, adakah mudah untuk pendengar menangkap nama domain anda?
  8. Elakkan menggunakan nombor dalam nama domain anda. Saya selalu keliru apabila orang menggunakan nama domain yang memiliki nombor. Contoh kalau ajarweb4u.com biasanya orang tidak pasti samada ianya ditaip sebagai ajarwebforyou.com atau ajarweb4u.com dan anda akan membuang masa menjelaskan kepada orang lain.  
  9. Nama Domain yang salah ejaan. Pertimbangkan untuk membeli nama yang salah ejaan untuk nama domain untuk perniagaan atau organisasi anda. Anda boleh menggunakan  itu untuk redirect mereka yang menaip dengan ejaan yang salah ke nama domain yang betul. Contoh www.gmail.com menjadi www.gmal.com 
  10. Jika anda ragu-ragu, pastikan ianya Dot Com.  Saya sentiasa membeli nama domain yang berakhir dengan dot com. Untuk website perniagaan anda, belilah .com dan kalau anda ingin membeli untuk suatu organisasi non profit, anda boleh pertimbangkan untuk membeli .org. Memang banyak lagi nama lain seperti .biz, .info, .tv,  tapi ianya tidak begitu digemari dan kemungkinan besar orang akan menaip nama domain anda dengan .com di hujungnya. Untuk bisnes di Malaysia, saya mengesyorkan anda membeli dot com dot my kerana ianya akan membantu anda ranking lebih cepat secara SEO kerana relevancy content kepada pengguna di Malaysia. Namun jika anda mempunyai modul business yang boleh dibawa ke level antarabangsa, saya syorkan anda gunakan dot com. Sebagai contoh, saya rasa wasap.my yang digunapakai oleh banyak usahawan Malaysia mempunyai fungsi yang superb dan boleh pergi international level jika menggunakan dot com. Lain kali nak jual pun boleh dijual dengan harga yang lebih mahal. Ini bergantung kepada strategi bisnes anda nanti.
  11. Elakkan menggunakan huruf yang sukar dibaca. Ada huruf yang sangat sukar dibaca sekiranya ianya diletak bersebelahan satu sama lain bergantung kepada jenis font tulisan. Contohnya huruf l dan i (lilili) dan m,n dan r (mnrmnrmnr) atau v dan w (vwvwv
  12. Beli mengikut keperluan anda. Sekiranya nama yang anda inginkan sudah dibeli orang lain. Anda sebenarnya masih boleh membeli nama domain itu dengan membuat tawaran kepada pemilik nama domain itu. Anda terpaksa membayar lebih, tapi ianya mungkin berbaloi di kemudian hari.  Ianya bergantung kepada anda. Ambil sedikit masa untuk melakukan brainstorming untuk mendapatkan banyak idea untuk nama domain anda. Dan jika anda melihat beberapa nama domain yang anda suka, mungkin ianya berbaloi untuk anda mendaftar kesemua nama domain itu. 
  13. Beli nama domain yang ditemui secepat mungkin. Saya pernah menemui satu nama domain PREMIUM (bagi sayalah)  yang masih available dengan harga yang murah pada waktu sebelah pagi, dan semasa saya membuat keputusan untuk membelinya pada waktu sebelah petang, nama domain itu sudah pun dibeli oleh orang lain atau harganya melambung naik.  Pernah juga Menyesal tidak beli cepat-cepat!
  14. Berhati-hati semasa membeli nama domain. Nama domain anda sangat penting. Pilih nama domain anda dengan berhati-hati kerana sekiranya anda membuat keputusan untuk melakukan rebranding di kemudian hari nanti, ianya mungkin memerlukan anda mengeluarkan kos yang banyak.

Bagaimana Membeli Nama Domain?

Langkah seterusnya, kita akan membeli nama domain name di www.godaddy.com

Kenapa saya rekomen beli nama domain name di godaddy.com adalah kerana syarikat ini kerap memberikan kupon kod diskaun.  Ianya sangat mudah digunakan dan mesra pengguna.

Anda hanya perlu taipkan di google ,”godaddy promo code 2018” dan tekan enter. Anda akan diberikan kod promo yang anda akan masukkan di ruangan kupon semasa mengisi info pembayaran nanti.  Kalau anda belum ada akaun godaddy, sila mendaftar untuk membuka akaun baru dahulu.

Sila ke www.godaddy.com sekarang.

Di laman web godaddy.com, anda cari butang SIGN IN kemudian cari butang CREATE MY ACCOUNT untuk membuka akaun yang anda akan gunakan untuk membeli nama domain anda. Lebih mudah anda ikut seperti gambar di bawah.

Selepas itu, anda akan melihat laman seperti di bawah Anda klik seperti gambar di atas.  

Anda boleh memilih samada ingin mendaftar menggunakan akaun Facebook anda ataupun dengan menggunakan alamat emel anda. Sila masukkan alamat email, username dan password anda, masukkan juga Support Pin anda. 

Selepas anda mendaftar sila check email anda untuk link pengesahan pendaftaran. 

Seterusnya, Anda login kembali ke akaun anda. 

Anda akan dibawa ke laman yang seperti dibawah. Ini adalah ruang dashboard akaun godaddy anda.

Untuk membeli nama domain untuk website anda… Klik di Logo Godaddy seperti gambar di bawah.

Di ruangan ini, anda boleh melakukan carian domain name anda, sebanyak mungkin yang anda inginkan sehinggalah anda menemui nama yang anda suka.

Dalam contoh ini, saya akan membeli nama www.ajarweb.com . Selepas anda klik butang “Search Domain” , anda akan melihat seperti gambar di bawah, di mana anda kena klik butang “Select”.

Selepas itu, anda perlu klik butang “Continue to Cart”

Kemudian anda akan diberikan beberapa pilihan.  Antara pilihan yang ada adalah samada anda inginkan perlindungan untuk info domain anda (Privacy Protection) atau tidak (No Thanks). Terpulang kepada anda.

Saya rekomen anda pilih Privacy Protection sekiranya anda membuat website anda. Tetapi untuk laman web affiliate biasa, saya pilih untuk menjimatkan duit. Saya pilih “No Thanks

Sila Scroll ke bawah dan”untick” pilihan untuk servis tambahan godaddy iaitu GoCentral Website.

Selepas itu anda klik butang “ Continue with these options

Untuk gambar di bawah, sebelum anda klik butang “Proceed to Checkout” anda boleh melakukan carian di google untuk promo code godaddy.com. Untuk pembelian pertama anda di www.godaddy.com, anda berpeluang membeli domain name berharga usd 0.99 dengan menggunakan kod promo.

Tip Mencari Godaddy Promo Code: Anda boleh mencari di google menggunakan keyword berikut “ Godaddy Promo Code 2017”, anda pilihlah sampai anda mendapat tawaran harga terbaik dan termurah.  Godaddy juga menawarkan harga usd0.99 untuk pembelian domain name pertama anda.

Ataupun anda boleh install Honey extension untuk Chrome atau add-ons di Firefox. Apabila anda klik membuka promotional code, extension ini secara automatik akan melakukan carian promo code untuk anda.

Honey – Chrome Web Store

Honey :: Add-ons for Firefox

Selepas anda sudah berpuas hati dengan tawaran harga yand diberikan, anda klik butang “Proceed to Checkout”

Seterusnya anda kena memasukkan info pembayaran anda. Anda masukkan info billing anda, gunakan alamat yang anda gunakan semasa mendaftar akaun bank dan kad debit anda.

Seterusnya, anda kena masukkan info kad debit atau kad kredit anda.

Klik Butang “Place Your Order” dan anda akan dibawa ke laman web yang menunjukkan bahawa transaksi pembelian anda sedang diproses. Selepas beberapa saat, handphone anda akan berbunyi menandakan ada sms pemberitahuan dari bank mengenai transaksi online yang baru anda lakukan tadi.

Tahniah kerana anda berjaya membuat pembelian nama domain website anda!

Abaikan pilihan yang dibulatkan seperti gambar di atas.

Selepas anda sudah mendapatkan nama domain anda, seterusnya anda kenalah membeli akaun hosting. 

Nak Baca Siri Cara Buat Website #1-Pengenalan Kepada WordPress

Dalam post akan datang, saya akan menulis mengenai cara nak beli akaun hosting…nantikan.

 

 

Terima kasih kerana membaca blog post ini dalam siri Cara Buat Website. Untuk mendapatkan pakej Lengkap sila ke laman web “Cara Buat Website”  WordPress

Anda suka post ini, kalau anda rasakan blog post ini membantu anda memahami lebih mengenai WordPress, silakan share dan komen kat bawah. Jika ada soalan, saya akan cuba menjawab.

Leave a Reply

error: Content is protected !!

Pin It on Pinterest

Share This
%d bloggers like this: