The Parable Of The Oranges | Perumpamaan Buah Oren

Artikel Berikut Diterjemahkan dari SUMBER

#PembangunanDiri: Saya ingin mengongsikan satu perumpaman zaman moden yang saya akan panggil “Perumpamaan Buah Oren”. Pertimbangkan apa yang anda boleh pelajari dari cerita ini mengenai ‘kuasa niat sebenar’

Ada seorang anak muda yang mempunyai cita-cita hendak bekerja untuk satu syarikat kerana ianya memberikan bayaran yang lumayan dan berprestij. Dia menyediakan resumenya dan melalui beberapa temuduga. Akhirnya, dia mendapat tawaran pekerjaan aras-permulaan. Kemudian, dia memasang cita-cita untuk mencapai  sasaran seterusnya – satu jawatan penyelia yang akan memberikan dia gaji yang lebih besar dan juga menawarkan prestij yang lebih besar. Jadi dia menyiapkan tugasan yang diberikan kepadanya. Dia datang setiap awal pagi dan balik lewat dari kerja agar majikannya dapat melihatnya bekerja lebih masa.

Selepas 5 tahun, akhirnya terdapat kekosongan jawatan sebagai penyelia. Tetapi, betapa kecewanya anak muda itu, apabila seorang pekerja lain yang baru bekerja untuk syarikat itu selama 6 bulan pula yang mendapat kenaikan pangkat itu. Anak muda itu begitu marah, dan dia pergi berjumpa dengan majikannya dan menuntut penjelasan kenapa bukan dia yang diberikan jawatan sebagai penyelia.

Majikan yang bijak itu berkata,”Sebelum saya menjawab soalan-soalanmu, boleh tak lakukan sesuatu untuk saya?”

“Ya, Pasti boleh,” kata pekerja itu.

“Boleh tak pergi ke kedai dan belikan buah oren? Isteri saya memerlukannya.”

Anak muda itu setuju dan pergi ke kedai. Apabila dia kembali, bossnya bertanya ,” Apa jenis buah oren yang engkau beli?”

“Saya tak tahu,” anak muda itu menjawab.” Engkau cuma mengatakan beli buah oren, dan inilah buah oren. Ada di sini.”

“Berapa harganya?” Majikannya bertanya.

“Saya tak begitu pasti,” jawab pekerja itu.”Engkau berikan saya $30. Nah, ini resitnya, dan ini baki duitnya.”

“Terima  kasih.” kata majikannya.”Sekarang, sila duduk dan berikan sepenuh perhatian.”

Kemudian majikannya memanggil pekerja baru yang mendapat kenaikan pangkat itu dan meminta dia untuk melakukan kerja yang sama seperti yang baru dilakukan tadi. Dia bersetuju dan pergi ke kedai.

Apabila dia kembali, majikannya bertanya ,” Apa jenis buah oren yang engkau beli?”

Pekerja baru itu menjawab ,”Terdapat banyak jenis buah oren yang dijual di kedai itu- ada buah oren jenis Navel, Valencia, ‘blood oranges, tangerine, dan banyak lagi, dan saya tak tahu apa yang nak dibeli. Tapi saya ingat boss cakap isteri boss memerlukan oren tersebut, dan saya telefon dia. Dia cakap dia nak buat suatu majlis dan dia merancang nak buat jus oren. Jadi saya tanya pekedai apakah jenis buah oren yang terbaik untuk dijadikan jus minuman. Dia katakan bahawa buah oren jenis Valencia yang mempunyai jus yang paling manis, jadi itulah yang yang saya beli.  Saya hantar buah oren itu ke rumah boss semasa dalam perjalanan balik ke pejabat. Isteri boss sangat senang hati.”

“Berapakah kosnya?” Majikannya bertanya.

“Sebenarnya, itu pun satu masalah juga tadi. Saya tak tahu berapa banyak yang nak dibeli, jadi saya menelefon isteri bos sekali lagi dan tanya berapakah jumlah tetamu yang akan datang ke majlis itu nanti. Dia katakan 20 orang. Jadi saya bertanya kepada pekedai berapa banyakkah buah oren yang diperlukan untuk membuat jus minuman yang mencukupi untuk 20 orang, dan memang perlukan banyak. Jadi, saya tanya pekedai kalau dia boleh berikan saya diskaun sebab membeli dalam kuantiti yang banyak, dia bersetuju! Buah oren ini biasanya berharga 75 sen setiap satu tapi saya cuma membayar sebanyak 50 sen untuk setiap satu. Ini bakinya dan resit pembelian.”

Majikannya tersenyum dan berkata,” Terima kasih; boleh beredar sekarang.”

Dia kemudian berpaling dan memandang kepada anak muda yang memerhati dari tadi. Anak muda itu berdiri, dengan bahunya tertunduk dan berkata ,”ya, saya faham apa yang boss maksudkan,” dan dia berjalan keluar dengan kecewa dari pejabat itu.

Apakah perbezaan antara kedua anak muda ini? Kedua mereka diberikan tugasan yang sama iaitu membeli buah oren, keduanya melakukan tugasan itu. Mungkin anda mengatakan bahawa pekerja baru itu melakukan lebih dari yang diminta, atau lebih efesyen, atau lebih teliti dalam pekerjaannya. Tetapi perbezaan terpenting sebenarnya adalah dalam niat hati pekerja itu dan bukan sekadar melakukan pekerjaan semata-mata. Anak muda yang pertama dimotivasikan oleh duit, jawatan dan prestij. Anak muda yang kedua pula didorong oleh satu keinginan besar untuk menyenangkan hati majikannya dan komiten dalaman untuk menjadi pekerja terbaik yang dia boleh jadi – dan hasilnya sangat jelas.

Jadi bagaimanakah anda dapat mengaplikasikan perumpamaan ini dalam kehidupan anda?

 Ringkasan cerita dari: “Living with a Purpose: The Importance of ‘Real Intent.’”, Randall L. Ridd 

 

#SelfDevelopment: I would like to share a modern-day parable that I will call “The Parable of the Oranges.” Consider what this story teaches you about the power of real intent.

There was a young man who had ambitions to work for a company because it paid very well and was very prestigious. He prepared his résumé and had several interviews. Eventually, he was given an entry-level position. Then he turned his ambition to his next goal—a supervisor position that would afford him even greater prestige and more pay. So he completed the tasks he was given. He came in early some mornings and stayed late so the boss would see him putting in long hours.

After five years a supervisor position became available. But, to the young man’s great dismay, another employee, who had only worked for the company for six months, was given the promotion. The young man was very angry, and he went to his boss and demanded an explanation.

The wise boss said, “Before I answer your questions, would you do a favor for me?”

“Yes, sure,” said the employee.

“Would you go to the store and buy some oranges? My wife needs them.”

The young man agreed and went to the store. When he returned, the boss asked, “What kind of oranges did you buy?”

“I don’t know,” the young man answered. “You just said to buy oranges, and these are oranges. Here they are.”

“How much did they cost?” the boss asked.

“Well, I’m not sure,” was the reply. “You gave me $30. Here is your receipt, and here is your change.”

“Thank you,” said the boss. “Now, please have a seat and pay careful attention.”

Then the boss called in the employee who had received the promotion and asked him to do the same job. He readily agreed and went to the store.

When he returned, the boss asked, “What kind of oranges did you buy?”

“Well,” he replied, “the store had many varieties—there were navel oranges, Valencia oranges, blood oranges, tangerines, and many others, and I didn’t know which kind to buy. But I remembered you said your wife needed the oranges, so I called her. She said she was having a party and that she was going to make orange juice. So I asked the grocer which of all these oranges would make the best orange juice. He said the Valencia orange was full of very sweet juice, so that’s what I bought. I dropped them by your home on my way back to the office. Your wife was very pleased.”

“How much did they cost?” the boss asked.

“Well, that was another problem. I didn’t know how many to buy, so I once again called your wife and asked her how many guests she was expecting. She said 20. I asked the grocer how many oranges would be needed to make juice for 20 people, and it was a lot. So, I asked the grocer if he could give me a quantity discount, and he did! These oranges normally cost 75 cents each, but I paid only 50 cents. Here is your change and the receipt.”

The boss smiled and said, “Thank you; you may go.”

He looked over at the young man who had been watching. The young man stood up, slumped his shoulders and said, “I see what you mean,” as he walked dejectedly out of the office.

What was the difference between these two young men? They were both asked to buy oranges, and they did. You might say that one went the extra mile, or one was more efficient, or one paid more attention to detail. But the most important difference had to do with real intent rather than just going through the motions. The first young man was motivated by money, position, and prestige. The second young man was driven by an intense desire to please his employer and an inner commitment to be the best employee he could possibly be—and the outcome was obvious.

How can you apply this parable in your lives?

Excerpt from: “Living with a Purpose: The Importance of ‘Real Intent.’”, Randall L. Ridd

Leave a Reply

error: Content is protected !!

Pin It on Pinterest

Share This
%d bloggers like this: